CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertahanan Awam Gaza henti operasi, situasi amat kritikal

24-10-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40007| Komen: 1

 


Gaza: Pertahanan Awam Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa mereka menghentikan operasi di utara Gaza selepas penahanan lima anggota dan serangan ke atas tiga yang lain oleh tentera Israel, lapor Agensi Anadolu.

Pertahanan Awam juga menyatakan bahawa satu-satunya jentera bomba di wilayah itu telah dimusnahkan, menggambarkan situasi sebagai "amat kritikal."

"Operasi kami dihentikan sepenuhnya di wilayah Utara Gaza, dan keadaan kini menjadi kritikal. Penduduk di kawasan terbabit kini tanpa perkhidmatan kemanusiaan asas," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa tentera pendudukan Israel di kawasan Sheikh Zayed menahan lima kakitangannya dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui.

Terdahulu, Pertahanan Awam berkata dron Israel yang dilengkapi dengan pembesar suara mengarahkan kakitangan mereka di kawasan Beit Lahia untuk berpindah ke lokasi tertentu, yang didakwa penduduk Palestin telah dijadikan zon ketenteraan.


Kenderaan tentera Israel turut menyasarkan satu-satunya trak bomba kami di utara Gaza dengan tembakan peluru, menyebabkan ia terbakar.

Pihaknya juga mengesahkan tiga kakitangannya yang terkena serangan dron Israel di kawasan Beit Lahia gagal dihubungi dan nasib mereka masih belum diketahui.

Sebelum ini, tiga pekerja Pertahanan Awam dilaporkan cedera selepas terkena peluru berpandu yang dilancarkan oleh dron Israel di Beit Lahia selepas arahan pemindahan dikeluarkan melalui dron "quadcopter" yang mengarahkan mereka berpindah ke kawasan Sheikh Zayed.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 26-10-2024 09:55 AM
mesir dan jordan ni boleh je tolong kalau bukak pintu sempadan tu.. org dah tinggal sehelai sepinggan, cedera plak tu.. takde lagi dah so called hamas fighter dalam tu.. yg ada critically dying human je tinggal ni..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.033481 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top