CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Malaysia sembunyi bayi dalam beg didapati bersalah membunuh di UK

25-10-2024 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45503| Komen: 135|Original author: EJALTI

 
 

Teo Jia Xin mendakwa mendengar suara yang mengarahkannya membunuh atau mencederakan bayi tersebut, tetapi juri di Mahkamah Warwick menolak pembelaannya. (Gambar Polis West Midlands, UK)

Teo Jia Xin meletakkan bayi yang baru dilahirkannya dalam kotak bijiran yang ditutup plastik sebelum disembunyikan dalam beg pakaian.

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang meletakkan bayi yang baru dilahirkannya dalam kotak bijirin dan sebelum disembunyi dalam beg pakaian telah disabitkan atas kesalahan membunuh di United Kingdom.

Menurut laporan BBC, Teo Jia Xin, 22, tiba dari Malaysia awal tahun ini untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Coventry di London.

Dia melahirkan bayi itu yang cukup bulan pada 4 Mac lalu dan meletakkannya dalam kotak bijirin yang ditutup dengan beg plastik, sebelum menyembunyikannya dalam beg pakaian.

Laporan itu menyatakan bahawa Teo pergi ke hospital dengan menunjukkan tanda-tanda baru melahirkan anak, tetapi menafikannya ketika ditanya oleh kakitangan hospital.

Gadis itu kemudian mengaku telah melahirkan bayi dan hanya memberitahu pihak polis di mana dia menyembunyikan bayi itu dua hari kemudian.

Polis berkata, Teo tidak mendapatkan bantuan perubatan dan melahirkan bayi itu di rumah. Dia juga merahsiakan perkara itu daripada rakan serumahnya, kerana tidak mahu diketahui keluarga dan rakan-rakannya di Malaysia sekali gus menjejaskan pelajarannya.

Ketika dibicarakan di mahkamah, Teo mendakwa mendengar suara yang mengarahkannya membunuh atau mencederakan bayi tersebut, tetapi juri di Mahkamah Warwick menolak pembelaannya.

Pihak pendakwaan berhujah bayi itu ‘masih hidup selepas dilahirkan dan berpotensi untuk terus hidup, tetapi Teo membuat keputusan untuk meletakkannya dalam kotak bijirin dengan mengetahui ia akan menyebabkan kematian bayi itu’.

Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap Teo.

Sumber : FreeMalaysiaToday


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 25-10-2024 11:01 AM
Dia pikir dia leh guna kad oku kt ukeh sama cm kt mesia gamaknya
Quote prettyuglybabe 25-10-2024 11:05 AM
bukan melayu so kurang dapat sambutan
Quote rosewhite 25-10-2024 11:06 AM
kenapa tak jaga je budak tu, dia bukan org islam pun, yg org pandang lain macam kalau mengandung luar nikah.
Quote Kitty_catz 25-10-2024 11:08 AM
masa awai2 peknek apasal tak reach out kat uni counselor dhekk?

kat UK kut.. takdak sapa nak judge ko cam kat mesia ni

acik2 nurakajen takdak sana dhekkk

skang jadi masalah besauuu
Quote cm_vungtau 25-10-2024 11:13 AM
Orang kata kalau anak luar nikah perut tak besau. Maybe sebab tu orang sekeliling tak tahu. Sebab dulu ada coursemate iols siap beranak anak luar nikah, dah jaga anak tu setahun, haram sekor dalam course tu tahu
Quote ninja boy 25-10-2024 11:32 AM
Muda lagi dan xde penasihat
Quote jfq 25-10-2024 11:50 AM
Mana boifren nya
Quote kepompong 25-10-2024 11:56 AM
kesian ... muda lagi tapi takut nak bgtahu org, pandai2 sendiri nak decide . tapi bawa padah
Quote kepompong 25-10-2024 11:57 AM
means masa sampai uk tu dah sarat gak tu. undang2 nak naik flight kalau preggy lebih 6 bulan macam2 form kena isi. kan .
Quote emera 25-10-2024 11:59 AM
cm_vungtau replied at 25-10-2024 11:13 AM
Orang kata kalau anak luar nikah perut tak besau. Maybe sebab tu orang sekeliling tak tahu. Sebab du ...

Housemate aku siap sakit perut terkangkang dah.. kelam kabut suruh kwn lain call boifren dia. X lama pas tu balik bawak baby, dia kata tu anak buah dia, abg dia suruh jagakan tp dia pulak dgn berkain batik, berstokin, mkn pun light2 je. Dia ingat org lain bangang cam dia agaknya. Nasib baik aku kejap je dok rumah tu.
Quote kepompong 25-10-2024 12:02 PM
prettyuglybabe replied at 25-10-2024 11:05 AM
bukan melayu so kurang dapat sambutan

kalau melayu yg jenis tak hirau hukum,  esp retis... mmg bagi alasan sambung belajar rerupanya bawak nyawa dlm perut.

yg ni betul2 sambung belajar . & selamba je ikut schedule. nak kata bodoh, memang bodoh pun. alahai... i kesian sbb bodoh nau tindakan dia
Quote sayawifenikmie 25-10-2024 12:11 PM
..... kesiannya
Quote Skuau 25-10-2024 12:17 PM
tak nak buat petisyen,guling atas jalan,terpekik terlolong...cina sudah ditindas omputeh ka???
Quote black_handbag 25-10-2024 12:26 PM
hah tu dia.. besar betul gambar terpampang kat internet. malu weh
Quote Shayang 25-10-2024 12:29 PM
rosewhite replied at 25-10-2024 11:06 AM
kenapa tak jaga je budak tu, dia bukan org islam pun, yg org pandang lain macam kalau mengandung lua ...

Duit takdop
Quote Perils 25-10-2024 12:39 PM
Asal dibunuhnya baby tu? Sbb x lahir with gen mat saleh ke?
Quote Orenn1 25-10-2024 12:45 PM
2024 n ko kat UK apa yg ko malu sgttt dekk takde siapa nak judge. Klu aku aku akan take that life challange jadi young n single mother kat uK, ni baru strong woman. Yg acah2 strong woman nak tok laki pujuk menyembah bagaiiii ujung2 kena ceraiii betul2 meraungg kat tepi longkang court adoiii kohkohkohhh
Quote Orenn1 25-10-2024 12:47 PM
Perils replied at 25-10-2024 04:39 AM
Asal dibunuhnya baby tu? Sbb x lahir with gen mat saleh ke?

Rasanya unwanted child, teraccident pregnant, takde birth control main kangkang phukeyy je lol
Quote edayildiz 25-10-2024 01:39 PM
alah kt uk kot bin kt malaysia..bela je la kn..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top