CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai ilmu makrifat atau suntingan? Lelaki tolak kereta "double park" tanpa sentuh jadi bualan ramai

25-10-2024 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 46228| Komen: 30

 


PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila dikatakan berjaya mengalihkan sebuah kereta yang diletakkan secara ‘double park’ tanpa menyentuh langsung kenderaan tersebut.

Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di platform X, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire hitam dilihat berhenti dan meletakkan kenderaan di sebelah sebuah Perodua Alza hitam di kawasan parkir. Pemilik Vellfire kemudian keluar dan mengunci keretanya.

Beberapa saat kemudian, pemilik Perodua Alza itu muncul dan bertindak mengangkat tangannya ke arah hadapan MPV tersebut.

Mengejutkan, Toyota Vellfire itu tiba-tiba mengundur dengan sendiri tanpa ditolak oleh lelaki itu mahupun sesiapa di sekitar kawasan tersebut.

Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan kotak parkir tanpa sebarang masalah.


“Tak tahu nak percaya ke tak tapi cuba semua tengok betul-betul macam mana dia tolak kereta tu yang ‘double park’. Ilmu makrifat apa dia pakai?,” tulis pemuat naik di ruangan kapsyen.


Bukan itu sahaja, aksi ini mengundang puluhan komen pengguna media sosial yang rata-rata tidak percaya dengan apa yang disaksikan.

Ramai di ruangan komen mendakwa, video tersebut telah disunting atau dimanipulasi, manakala yang lain teruja dengan ‘keajaiban’ yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.

“Pantulan cahaya lampu depan pada kereta satu lagi, padahal dah tutup. Nampak sangat disunting dan satu lagi, zoom betul-betul pada tayar. Kejap kecil, kejap besar. Ni aku dah cuba sunting guna ‘capcut’. Dia ‘kejungkan’ tayar je, benda boleh sunting. Nama fail pun tak sama dengan yang lain. Ambil video dari telefon pun tak penuh,” komen Yana.

“Suntingan dia bergaya lah, cermin sisi Vellfire tak buka dan kereta macam seret je ke belakang. Tayar pun tak berpusing,” ujar Adzman Kamarudin.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 25-10-2024 07:32 PM
Edit punya video
Quote hokeypokey 25-10-2024 07:34 PM
aneh ni.. sblm dia buat dia pandang kiri kanan dulu, tapi dia lupa cctv ada..
Quote Firenzza 25-10-2024 07:42 PM
Content je ni.....dlm  van tu ada driver
Quote edayildiz 25-10-2024 07:44 PM
teringat cite korean yg perempuan kuat tu..dobong soon..
tp ni content kan..
Quote kepompong 25-10-2024 07:50 PM
testing skill edit video
Quote Skuau 25-10-2024 08:13 PM
kohona biasa buat camni..depa ni mesti ada bau2 kohona....
Quote kotakbaju 25-10-2024 09:11 PM
Wallahualam. Kalau kata edit sebab tayar tak berpusing, kan vellfire tu dah ditarik handbreak. Macam mana nak berpusing. Mamat tu pun dok tengok keliling macam nak bagi line clear takde orang baru nak 'tolak' keter vellfire tu. Seolah2 taknak bagi orang lain nampak. Mungkin mamat tu ada something ilmu yang tak semua orang ada. Gitu iols bersangka baik.
Quote orkid_amani 25-10-2024 09:22 PM
Aii ada baca komen netz kat fb kalau mamat tu ada ilmu sepatutnya dia keluarkan ja kereta dia tanpa tolak velfire tu
Quote Tinot7 26-10-2024 09:27 AM
Dia tolak pakai kame kame ha ka?
Quote Dwdrum 26-10-2024 09:29 AM
Boleh lah gomen hire heshe untuk perang... Cut cost
Quote Zack8hunter 26-10-2024 09:38 AM
mohon abg ni buat sevice tolak kete yg suka double park.. minta dia humban terus dlm gaung
Quote Samerosie 26-10-2024 10:03 AM
Mamat yg kekonon tolak keta tu pun tiba2 appeared out of thin air.  Ilmu edit tak sampai lagi, try again dekkkk
Quote tahanie 26-10-2024 10:24 AM
Tapi orang yang tekan remote to lock/unlock kereta memang kena point kunci gitu ke? Macam tak natural.
Quote kakigebang 26-10-2024 10:49 AM
Video konten n bodo ni pun jadi CI
Quote TOPwind 26-10-2024 08:44 PM
ada juga yg bodoh percaya.
Ramai pulak tu.
Quote Paiya 27-10-2024 01:45 AM
tipu
video edit
Quote babyLON. 27-10-2024 03:16 AM
Kalau tinggi sgt ilmu ganti la kereta alza tu dgn vellfire.
Quote rainbowrainz 27-10-2024 05:13 AM
Ini pun nak pelik banyak lagi orang Ilmu padu2 Diam je.. lagi2 Kalau satu badan tu kalimah Allah Dan Muhammad bleh nampak..boleh ke Buat???mendalah
Quote nw111 27-10-2024 10:12 AM
Firenzza replied at 25-10-2024 07:42 PM
Content je ni.....dlm  van tu ada driver

Ramai komen kata tayar kereta tak berpusing pun masa kereta tu gerak..i dok perati jugak...mcm ye tak gerak tayar tu..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top