CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UFO ‘kunjungi’ pangkalan tentera udara - "Saya rasa ia adalah UFO dan saya benar-benar tidak selesa untuk tidur malam ini”

25-10-2024 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48418| Komen: 13

 


WASHINGTON  – Pangkalan Tentera Udara di negeri Indiana menjadi lokasi panas terbaharu bagi objek terbang tidak dikenali (UFO) selepas penduduk melihat sejumlah ‘bola lampu’ yang bergerak pantas dan bercahaya di langit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ramai orang di Kokomo yang terletak hanya 20.92 kilometer dari Pangkalan Simpanan Tentera Udara Bersama Grissom melaporkan melihat lampu-lampu berkelip  sebelum hilang di langit.

“Apa itu? Saya rasa ia adalah UFO dan saya benar-benar tidak selesa untuk tidur malam ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Penampakan luar biasa itu, kebanyakannya dilaporkan pada 7 Oktober lalu.

Penampakan serupa pernah berlaku berhampiran lokasi tentera termasuk Pangkalan Bersama Langley-Eustis di negeri Virginia di mana beberapa pegawainya melaporkan melihat lampu merah, hijau dan putih berkelip dan bergerak laju.


Penampakan objek misteri di Indiana itu  bagaimanapun dikongsi oleh orang awam di internet di mana pakar-pakar mengkaji untuk mengenal pasti sumbernya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 25-10-2024 10:58 PM
memang UFO ni kenal usa aje kan sis? cuba tukar lokasi lain macam zimbabwe ke, tonga ke, papua new guinea ke, palestin ke
Quote mrsLucky 25-10-2024 11:21 PM
Edited by mrsLucky at 25-10-2024 11:24 PM

Harap2 alien landing kat US,
China atau Russia.. Powerful military..boleh bawak Alien bincang jangan serang dunia yang dah banyak problem ni.. gurau jer..


Quote ninja boy 26-10-2024 03:07 AM
Musuh USA adalah russia china mungkin alien buatan china
Quote AbukRokok 28-10-2024 09:13 AM
always in amareka
Quote Dwdrum 28-10-2024 09:14 AM
Maybe malaysia lebih superstitious.. UFO di kata djinn or hantu... Itu lebih relevant
Quote bulalof 28-10-2024 09:27 AM
drones flying at night time.
Quote plywood 28-10-2024 10:15 AM
hyie replied at 25-10-2024 10:58 PM
memang UFO ni kenal usa aje kan sis? cuba tukar lokasi lain macam zimbabwe ke, tonga ke, papua new g ...

ditempat lain pun ada, cuba google china ufo south american ufo europe ufo... tetapi barangkali ada juga pengaruh sikap masyarakat yg peka kepada aktiviti dilangit.. barangkali jg ditempat lain ada tapi tak masuk news


Quote nisako 28-10-2024 10:34 AM
nape always USA je
Quote jiwasemangat 28-10-2024 01:39 PM
Dah memang itu pengkalan udara dia.. dia kena balik makan ..minum..mandi..tido. ufo made from usa.
Quote venom1 28-10-2024 03:55 PM
kenapa satelit tak boleh detect kemasukan UFO? Ke UFO rumah dia kat bumi ni?
Quote dua_chzy 28-10-2024 03:56 PM
hyie replied at 25-10-2024 02:58 PM
memang UFO ni kenal usa aje kan sis? cuba tukar lokasi lain macam zimbabwe ke, tonga ke, papua new g ...

Aiol syak sebab deol hada close relationship kira macam kampung kedua dah USA tuh.
Quote sharlenetexas 28-10-2024 04:10 PM
Who ayussss?


Quote shy79 28-10-2024 04:44 PM
amereka dan ufo dulu kini & selamanya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.125015 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top