CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadar upah mengasuh bagi tahun 2025 naik lagi, seorang bayi hampir RM1,000

25-10-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 66929| Komen: 21

 


PETALING JAYA – Kadar upah mengasuh bagi tahun 2025 dikatakan bakal berlaku kenaikan antara RM50 hingga RM100.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai ibu bapa berada dalam dilema sama ada mahu berhenti kerja demi menjaga anak-anak atau terpaksa berdepan bebanan upah mengasuh yang tinggi tahun depan.

“Tahun depan pengasuh kata terpaksa naik harga. Tahun ini pengasuh caj RM550 untuk anak sulong saya masih enam bulan lebih. Katanya tahun depan terpaksa kenakan RM600 sebulan.

“Saya tinggal kawasan Gombak. Berbaloi kah? Atau mahal? Kalau tempat anda macam mana? Atau saya kena berhenti kerja sebagai solusinya,” soalnya ketika meminta pandangan rakan-rakan di Facebook.

Di ruangan komen hantaran wanita terbabit, beberapa ibu bapa lain turut mengakui mereka berdepan situasi sama apabila pengasuh memaklumkan upah mengasuh bagi 2025 berlaku kenaikan bagi menampung kos sara hidup semasa.


Sementara itu, seorang individu dikenali sebagai Ummi memuat naik poster memaparkan kadar upah mengasuh bagi tahun 2025 dan didapati harga tersebut meningkat daripada tahun ini.


Caj mengasuh yang dikenakan kepada pelanggan adalah bermula RM45 sehari bagi kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.

Setiap upah adalah berbeza mengikut kategori umur dan paling mahal adalah bayi sehingga usia dua tahun iaitu RM850 sekiranya ibu bapa mereka bekerja secara syif seperti doktor, jururawat, pekerja kilang, polis dan sebagainya.

Harga normal bulanan bagi tempoh penghantaran pukul 8 pagi hingga 5 petang adalah RM650 (bayi hingga usia dua tahun), RM550 (dua hingga empat tahun) dan RM450 (kanak-kanak di atas empat tahun).

“Kategori transit antara RM300 hingga RM450 sebulan. Bagi penghantaran hujung minggu, caj dikenakan bermula RM60 hingg RM100 sehari ikut umur,” jelas poster tersebut.

Dalam perkongsian sama, terdpaat caj tambahan sekiranya anak-anak perlu bermalam di rumah pengasuh, iaitu antara RM70 hingga RM120 semalam.


Pada ruangan komen perkongsian tersebut, ramai yang terkejut melihat kadar upah baharu bagi tahun 2025.

“Banyaknya beza, sekarang harga budak bawah dua tahun baru RM550. Tahun depan naik sampai RM650, RM100 juga beza,” kata Nurin.

“Patutlah ramai pasangan bekerja merancang untuk ada anak, kos hantar anak mengasuh habis separuh gaji. Kalau seorang dah RM800, tambah lagi anak-anak lain? Memang terduduk ibu bapa,” luah Atiya Hamdan ketika meneliti harga upah mengasuh bagi tahun 2025 yang dikongsikan individu terbabit. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 26-10-2024 06:28 AM
dah la mahal nak mampus, jaga budak ala kadar. dah berapa banyak kes budak mati
yang tak mati, trauma kena dera. pengasuh nya pulak ntah orang tak betul mana yang jaga
Quote Samerosie 26-10-2024 07:08 AM
Edited by Samerosie at 26-10-2024 07:11 AM

Baby memang mahal yuran dia tu sbb kalau murah anak kau mcm2 hal jadi.  Kawan iols buka nursery ni tapi dia mmg x ambil bawah 3 tahun dia ckp kalau staff buat hal mampus dia ke dalam.  Itu kira murah la, time anak i almost 10 yrs dulu hantar kat area kl pun dah over 1500 tp creche la.
Quote honam 26-10-2024 07:20 AM
yang mana wanita2 yang baru nak bekerja dengan gaji bawah 2k sebulan tu, better buat business online je, boleh join package pembelajaran najib sadoq, kalo nak bagi motivasi sikit boleh join kelas jijan seman
Quote pearl.silver 26-10-2024 08:34 AM
Bestnya.. patut la ramai benak mental nk jd pengasuh. Lumayan gila.
Quote AbukRokok 28-10-2024 09:38 AM
berhenti kerja jaga anak @ jangan beranak kearah negara tua
Quote seri_mawr 28-10-2024 09:43 AM
zaman anak iouls baby... 7 tahun lepas..2017..taska dekat Kelana jaya baby RM650 sudah...
Quote cutieslilies 28-10-2024 11:39 AM
18 tahun dulu..cino depan umah anta anak dia 1.2k sbln..ambik sabtu /ahad or cuti umum shj..

tu 18 tahun dulu yer...
Quote Ai_kiu 28-10-2024 12:25 PM
cutieslilies replied at 28-10-2024 11:39 AM
18 tahun dulu..cino depan umah anta anak dia 1.2k sbln..ambik sabtu /ahad or cuti umum shj..

tu 18  ...


Bkn ke cainis mmg upah baby sitter style gitu.
Time offday atau cuti baru pick up anak bwk balik umah? And some of them every 2 weeks atau 1 month baru dtg pick up anak. Sbb tu kena charge jauh lg mahal
Area rumah iols baru berapa bln lepas viral newborn kena dera kat umah baby sitter. Every week dtg cuma utk top up ebm saja pastu tgk2 baby kejap dah. Sbulan skali baru dtg amek baby bwk balik
Quote Ai_kiu 28-10-2024 12:29 PM
Edited by Ai_kiu at 28-10-2024 12:30 PM

Baidewei pada ai kos taska sebulan rm500 tu dah bare minimum utk newborn utk tahun 2024 ni.
Kalau rasa mahal, sila buat kira2 kalau sendiri jaga berapa kos berhabis utk sebulan. Darab dgn berapa org anak.
Quote kemaruk 28-10-2024 12:42 PM
Kalau gaji bini cukup2 makan rm1800 sebulan tu baik berenti kerja je la takyah nak eksen hantar ke pengasuh bagai
Quote MakcikTermenong 28-10-2024 04:06 PM
Uolls nih..jadi la macam SIL i, beranak2 antar kat kakak dia suruh jaga. Bagi la alasan, x jumpa pengasuh yang sesuai. Apa pun tayah bayar, sedia pampers & susu je. Ujong minggu melawat la anak..bawak jalan2..snap gambar caption terpaling parent semesta alam..
Quote elnor_81 28-10-2024 05:08 PM
Ank i playschool. Umur setahun 9 bln. 500. Isnin-jumaat 7.30am-5.30pm.
Quote tri-max 28-10-2024 05:18 PM
apa terok benor photo generate AI tu
gambar maknya mcm terlebhih jari da mcm alien
plus muka pun mengerikan, da takde real life photo ke
kosmo ni jgn smpi aku ketimbang ko ngan sinar
Quote Mummycomby 28-10-2024 05:47 PM
honam replied at 26-10-2024 07:20 AM
yang mana wanita2 yang baru nak bekerja dengan gaji bawah 2k sebulan tu, better buat business online ...

ye setuju...yg mana br2 nak kerja gaji bwh 2k...pastu br kawin dpt anak....better house wife + bisnes...
betul la ambik ilmu2 dari Najib assadoq...pastu wat bisnes2 jual2 sambal ke..lakuu jgk...leh beli susu pampers anak kan
Quote Mummycomby 28-10-2024 05:48 PM
Iolsss hntr pengasuh yg jaga abg dulu..abg dlu Rm350 je dari baby smpai 4thn... Now no.2 I bg Rm400 dan lepas I pun naik gaji.... I bg naik jgk smpai RM500...sbb acik tue jaga baik2....Alhamdulillah
Quote Mummycomby 28-10-2024 05:49 PM
MakcikTermenong replied at 28-10-2024 04:06 PM
Uolls nih..jadi la macam SIL i, beranak2 antar kat kakak dia suruh jaga. Bagi la alasan, x jumpa pen ...

kikikiki terpaling parents semesta alam
Quote Mummycomby 28-10-2024 05:52 PM
Ai_kiu replied at 28-10-2024 12:25 PM
Bkn ke cainis mmg upah baby sitter style gitu.
Time offday atau cuti baru pick up anak bwk balik u ...

yes cainis mmg gitu style depa...

Women Boss Iolsss pun dpt baby...terus hntr babysitter ...Sabtu pagi pi pickup...ahad mlm hntr blk...
dia kat office kije mcm namatey....
balik lewat2...

esok dtg ceria2 xmgantuk sbb ckup rehat kan...

awattt la dera baby...ishhhh kejam sunggguh !!!!
Quote Mummycomby 28-10-2024 05:53 PM
AbukRokok replied at 28-10-2024 09:38 AM
berhenti kerja jaga anak @ jangan beranak kearah negara tua

gaji bwh 2k tue la jgn la kije... gaji skit pastu byr mahal2... bayr itu ini... hmmmm

Quote Ai_kiu 28-10-2024 06:38 PM
Edited by Ai_kiu at 28-10-2024 06:40 PM
Mummycomby replied at 28-10-2024 05:52 PM
yes cainis mmg gitu style depa...

Women Boss Iolsss pun dpt baby...terus hntr babysitter ...Sabtu ...


Pastu yg cainis2 ni pandang sinis jah mak2 balik on time kelam kabot amek anak kat taska/pengasuh takut kena charge overtime kikikiki.... iols la tu dulu2 pastu semedang kena amek EL sbb tiba2 dpt call anak demam la batuk selsema yada yada pastu kena tolak bonus sbb asyik cuti ect
Pengalaman sungguh lahaiiiii
Kalau rasa kos hantar anak2 ke taska/pengasuh tu membebankan seriously chuols kena cari solution samada brenti kerja atau tambah pendapatan.
Pegi kerja ulang alik tiap hujung bulan dpt gaji tp deficit sgt lah tak berbaloi.

Oh pasal dera baby tu mmg dah jd kes polis. Pengasuh tu ada mengasuh budak2 lain jugak. Siyan la the parents trauma & the baby ofcoz lebih kesiyan. Sampai susut berat badan ye

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036512 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top