Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza menafikan spekulasi yang bertebaran mengenai perkahwinan anaknya dengan pelakon Ruhainies. Tidak menyimpan dendam, Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil terbuka memaafkan mana-mana individu yang sengaja mencetuskan gosip liar selain mengingatkan tentang kematian. “Subhanallah, sekali lagi fitnah manusia. Alhamdulillah, kami maafkan dan semoga kalian yang gemar menulis serta menyebar perkara tidak benar Allah berikan hidayah sebelum kalian bertemu Allah di akhirat kelak. “Bagi yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan cerita-cerita sensasi dengan alasan atas dasar pekerjaan, adakah niat menghalalkan cara? “Allah maha mengetahui, fikir-fikirkanlah. Kita hidup hanya seketika, kematian itu pasti. Tabarakallah (syukur) kepada guru-guru yang menasihati kami agar terus memaafkan apa jua agar hati dan minda kita akan tenang. ,” katanya dalam Instagram.
Dalam masa sama, Hafiza turut memohon maaf sekiranya kenyataannya dan keluarga menguris hati mana-mana pihak sehingga membuatkan ramai suka mencetuskan kontroversi. “Ini peringatan buat saya dan keluarga juga kerana kami insan yang tidak sempurna, semoga kalian sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah. “Mohan maaf dari kami andai kata ada perkara-perkara atau kata-kata yang telah menyinggung perasaan sesiapa jua,” ujarnya lagi. Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Aliff bakal mendirikan rumah tangga dengan Ruhainies pada hujung Oktober ini. Nama Aliff menjadi bualan hangat selepas dia dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu. Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang. Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat. Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut. SUMBER : Kosmo |
BungaKencana replied at 28-10-2024 09:39 AM
jadi ke dak alep ni jual kambing mcm bamtah tu? ghisau ramai boikot pakmat nnt....
Acik2kepam replied at 28-10-2024 09:42 AM
Dia ada kena panggil ngn pmw juga ke?
Mcm lewat sgt je nk dipanggil?
Biasanya blm lafaz cerai pun ...
BungaKencana replied at 28-10-2024 09:45 AM
dia yg cari PMW... bukan PMW cari heols.. hihi
aammyy replied at 29-10-2024 05:03 PM
Dah terlambat. PMW kan dah jemput bella jadi rider sblm ni.
BungaKencana replied at 29-10-2024 05:07 PM
alep cari PMW sbb tgk bamtah buat live dpt sambutan hangat.. dia pun mahu try...
Acik2kepam replied at 29-10-2024 05:20 PM
Oh mmg ada kuar berita ke? Tp dia skrg ni dh sejuk
Lagipun kes dia berbeza.
Acik2 nk support pun p ...
ADVERTISEMENT