CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipersenda kerana perkataan 'ketimbang', ini jawapan PM

28-10-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20581| Komen: 67|Original author: Abahmung

 




PADANG RENGAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan segelintir Ahli Parlimen yang mempersendakan beliau secara sinis dengan perkataan 'ketimbang' diungkapkannya, sebagai bingung.

Perdana Menteri menegaskan sebagai pemimpin masyarakat, Ahli Parlimen terbabit sepatutnya meningkatkan penguasaan bahasa.

"Saya pakai songkok senget pun dia marah, pakai baju Melayu dengan capal pun tak kena.

"Saya guna istilah baharu seperti 'ketimbang' pun dia bingung sikit... tidak faham.


"Kita jadi pemimpin, kita tingkatkan penguasaan bahasa. Dulu tiada mampan, saya perkenalkan. Tiada telus, saya perkenalkan. Tidak popular kesenjangan, kita popularkan. Jadi, kita didik anak-anak menggunakan bahasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pada hari pertama perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, mendakwa perkataan 'ketimbang' membawa maksud kencing, tipu dan sembang.

Perkataan itu mendapat perhatian ramai berikutan sering diucapkan oleh Anwar, termasuk ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sebolehnya enggan melayan cemuhan segelintir pihak, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada tugas.

"Bagi saya, kalau nak jawab benda ini... letih kita, kerja tak jalan.

"Saya singgung perkara ini kerana (jika) tak jawab, orang kadang keliru. Jawab sikit-sikit, bolehlah... kita nak tumpu kerja.

"Sebab itu saya nak nasihat kawan-kawan dari semua parti, buat kerja, nak gaduh tunggu pilihan raya. Sekarang kerja, angkat martabat rakyat dan negara kita," katanya.

Kelmarin, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dilapor akan memasukkan perkataan 'ketimbang' ke dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

DBP dipetik menjelaskan, perkataan itu adalah kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.



Sumber ; Berita Harian










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abahmung 28-10-2024 11:35 AM
Perkataan ‘ketimbang’ dimasuk dalam Kamus Dewan
Sinarharian.com
MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
25 Oktober 2024 11:19am


Perkongsian DBP mengenai maksud 'ketimbang'.


SHAH ALAM - Perkataan ‘ketimbang’ yang sering disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, perkataan tersebut merupakan kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.

“Carian kata ini boleh dibuat melalui portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) melalui kategori Kamus Dalam Talian,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Baru-baru ini, kecoh di Dewan Rakyat susulan isu bahasa yang digunakan oleh Menteri Kewangan itu dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dalam persidangan Dewan Rakyat pada Isnin turut membangkitkan isu berkenaan dengan mendakwa bahawa istilah ‘ketimbang' itu tidak didapati dalam perbendaharaan kata DBP.

Sebaliknya Rosol berkata, menerusi carian dalam Internet, perkataan tersebut membawa maksud kencing, tipu dan sembang.

Quote airfilterkotor 28-10-2024 01:23 PM
Ahli Parlimen Hulu Terengganu pun mudah ditipu dengan internet.
Lebih memalukan bila dengan kondifen ko sebut makna tu dalam dewan Parlimen.
Quote Samerosie 28-10-2024 01:26 PM
Wak Rosol Wahid yg kena kencing dgn google rupanya... Nama macam jawa tapi tak pernah guna ke word ni.  Iols bukan jawa pun google dapat ni, kamus Indon, 2016 dah ada wujud.

Screenshot 2024-10-28 132220.png

Screenshot 2024-10-28 132516.png
Quote kemaruk 28-10-2024 01:30 PM
Jadi selama ini PMX guna bahasa indon ler kan sebab perkataan ketimbang ni memang takde dalam kamus DBP

Lepas ni ape pulak? Ketar ketir? Angot angotan?
Quote zorrro_03 28-10-2024 01:57 PM
sembang
Quote nusaraya 28-10-2024 02:03 PM
Edited by nusaraya at 28-10-2024 02:13 PM

Sejujurnya inilah gambaran orang melayu yang "sebenarnya" yang  majority  mempunyai nalar atau pola pikir yang "narrow minded"  ... Gak mahu   menggunakan  "kewarasannya" dalam membahas atau membicarakan sesuatu "topik" ... Dan ini mengkonfirmasi bahwa betul 1/3 orang Malaysia (utamanya melayu)  saat ini adalah ODGJ  atau penderita penyakit jiwa atau mentality disorder ... Bahkan demikian teruknya ... sehingga kamipun X bisa membedakan mereka itu Manusia atau Monyet ... Betul-betul sudah parah .. Banget-banget parahnya .....Terlalu Parah...

Lebih lucu lagi ketika kosakata "ketimbang"  yang sudah beratus-ratus tahun digunakan sebagai kosa kata "bahasa jawa"  dan juga sudah diadopsi kedalam Bahasa Indonesia oleh  pakar bahasa Malaysia dinyatakan secara terbuka berasal dari "Bahasa Melayu Nusantara" tanpa malu agar kemudian  bisa  diklaim sebagai "kosa kata baru bahasa melayu"  oleh Dewan Bahasa dan Pusataka Malaysia ...

What wrong with you Pak Cik ...  

Jadi anda janganlah MARAH atau GUSAR jika kami di Indonesia sudah menjadikan Malaysia sebagai bahan lawakan yang semakin lama semakin menarik ....


Pranala (link):https://kbbi.web.id/ketimbang
ketimbang/ke·tim·bang/ p cak kata untuk menandai perbandingan (dengan); daripada: laju pertambahan penduduk lebih cepat -- pertambahan produksi bahan makanan



Quote airfilterkotor 28-10-2024 02:04 PM
Samerosie replied at 28-10-2024 01:26 PM
Wak Rosol Wahid yg kena kencing dgn google rupanya... Nama macam jawa tapi tak pernah guna ke word n ...

Dia ni penah mengajar kat SMK Matang.
Memandangkan dia penah jadik chegu (tatau la chegu subjek apa) adalah sesuatu yang aneh jika dia sendiri tidak mengetahui bahawa bahasa melayu banyak meminjam dari bahasa luar.
Arab, cina, india, indonesia, hengelish peranchis dan lain-lain.

Lepas tu berani pulak sound orang lain (dalam parlimen) perihal linguistik serumpun melayu.
Quote anony-mous 28-10-2024 02:06 PM
kemaruk replied at 28-10-2024 01:30 PM
Jadi selama ini PMX guna bahasa indon ler kan sebab perkataan ketimbang ni memang takde dalam kamus  ...

Anjirr & konoha yg membawa mksud yindon caprut
Quote Radzor 28-10-2024 02:06 PM
kemaruk replied at 28-10-2024 01:30 PM
Jadi selama ini PMX guna bahasa indon ler kan sebab perkataan ketimbang ni memang takde dalam kamus  ...

pasni guna "kaleng kaleng" pulak.
Quote nusaraya 28-10-2024 02:23 PM
Edited by nusaraya at 28-10-2024 02:26 PM

Hari ini 28 Oktober  kami di seluruh Indonesia memperingati  HARI SUMPAH PEMUDA... Tetapi konyolnya kemudian Bangsa Melayu Mahawangsa  guna menyebarkan konsep Bangsa Melayu Mahawangsa dan Alam Melayu memperkenalkan SUMPAH RUMPUN MELAYU ...

[youtube]hZr8psHq0Tc[/youtube]

alam melayu .. alam khayalan.jpg





Quote kemaruk 28-10-2024 02:28 PM
anony-mous replied at 28-10-2024 02:06 PM
Anjirr & konoha  yg membawa mksud yindon caprut

Boleh ler guna perkataan2 ini dalam urusan rasmi atas alasan perkataan pinjaman

Perkataan pinjaman hangkuk hang lah

Nak iktiraf jadi perkataan pinjaman pon kena la didaftarkan dalam kamus DBP dahulu bukan main suka2 pakai perkataan indon pastu cakap weiii pinjama  weiii pinjamannnn hahahhaa
Quote kemaruk 28-10-2024 02:32 PM
Radzor replied at 28-10-2024 02:06 PM
pasni guna "kaleng kaleng" pulak.

Boleh la budak2 sekolah guna perkataan kaleng2 ni dalam karangan sekolah atas alasan perkataan pinjaman kununnya lah
Quote sepiITUindah 28-10-2024 02:51 PM
tu jer  kelemahan geng PN nampak
untuk bahas bajet
Quote nolya 28-10-2024 02:55 PM
Perkataan ketimbang ini pernah ada, pernah dengar zaman aku sekolah lagi dulu.  Tapi perkataan itu tak popular, kian dilupakan dn akhirnya pupus. Ada sesetengah orang pun tak tau,  sangkakan ianya satu perkataan/istilah baru.
Contoh ye, cooon toh:  menilai lakonan Fatah Amin ketimbang lagi Q Haidar.  Gitu.....
Quote TeropongThaico 28-10-2024 03:07 PM
Piyemex suka pakai perkataan2 yindon sedari dulu. Perkataan asal mesia tak hebat ke?
Quote Firenzza 28-10-2024 03:08 PM
kemaruk replied at 28-10-2024 02:28 PM
Boleh ler guna perkataan2 ini dalam urusan rasmi atas alasan perkataan pinjaman

Perkataan pinjama ...

Lepas ni dah boleh guna perkataan 'BUTUH' klau dah kemaruk sgt nk guna istilah indon.

cth ayat,

1 "Nuart membutuhkan seorang PA", kerana dia amat capek sekali lewat hari tua sebegini.
2. Pak hang membutuh isteri kedua karena isteri pertama sudah monopause
3. Kebutuhan kepada orang muda untuk mengganti ganerasi tuek amat dihargai.
3.saya butuh kuasa piem supaya menang hari ini esokkkkkkkk.....bkn kaleng kaleng ya.....bisa ngakkkk

Quote nusaraya 28-10-2024 03:19 PM
Tetapi jujur  sebenarnya Bahasa Indonesia  dan Bahasa Melayu Mahawangsa Malaysia atau Hujung Medini sebenarnya "sama saja X ada perbedaan"  ... Sama-sama telah Mendunia ..

Bedanya pun pun hanya 1 (SATU)   .....

Bahasa Indonesia mendunia di Alam Nyata apalagi setelah menjadi bahasa resmi UNESCO ... Sedangkan Bahasa Melayu Mahawangsa Malaysia atau Hujung Medini  mendunia di Alam Ilusi  atau Alam Mimpi  ... Hehehehe
Quote kemaruk 28-10-2024 03:23 PM
Firenzza replied at 28-10-2024 03:08 PM
Lepas ni dah boleh guna perkataan 'BUTUH'  klau dah kemaruk sgt nk guna istilah indon.

cth ayat ...

Gampang jugak sis

"Semalam saya melahirkan anak, gampang jer sis.."
Quote kemaruk 28-10-2024 03:24 PM
nusaraya replied at 28-10-2024 03:19 PM
Tetapi jujur  sebenarnya Bahasa Indonesia  dan Bahasa Melayu Mahawangsa Malaysia atau Hujung Medini  ...

Kok bisa sih

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.087676 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top