CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Public Health M’sia Bimbang Lagu Bruno Mars & Rosé Berjudul ‘Apt’ Jadi Pilihan Anak Muda, Dakwa Lirik Lagu Banyak Unsur Tidak Baik

28-10-2024 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36966| Komen: 63

 


Sedia maklum, sejak beberapa hari lalu, lagu hits kolaborasi antara penyanyi antarabangsa, Bruno Mars dan ahli kumpulan BlackPink, Rosé berjudul ‘Apt’ telah meraih perhatian yang cukup hebat di kalangan orang ramai, termasuk di Malaysia.

Biarpun ramai yang menyukai lagu tersebut, namun Public Health Malaysia telah meluahkan rasa bimbang lagu Apt iaitu singkatan untuk ‘Apartment’ itu menyampai unsur-unsur tidak elok kepada orang ramai terutamanya anak muda.

"Lirik seperti ‘Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.’ Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan."


Susulan itu, melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook tersebut, Public Health Malaysia berharap agar golongan yang lebih dewasa seperti ibu bapa, pendidik serta masyarakat lebih peka dengan pengaruh barat yang semakin diterima tanpa ada tapisan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam semula hantaran tersebut dengan merasakan banyak lagi lagu lokal yang memberi mesej yang tidak elok dan menegaskan mereka hanya mendengar kerana lirik dan rentak lagu tersebut catchy.

 
 
SUMBER : Berita Harian, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 28-10-2024 10:02 PM
freak party ala diddy skibiddy ke
Quote plywood 28-10-2024 10:27 PM
best juga lagu dia

lagu orang tengah hilang ingatan.. haha
Quote Jikookie 28-10-2024 11:05 PM
Boleh layan jgk lagu dia. Sama macam lagu jimin who tu pun blh layan jgk
Quote Jikookie 28-10-2024 11:06 PM
Yg lagu jungkook dgn baby monster tu pun layan jgk. Sekadar dengar je tak dalami sangat pun lirik. Buat layan masa hadap jem petang2
Quote pearl.silver 28-10-2024 11:09 PM
Jd klu xde lagu tu bdk2 ni xgi clubbing, x amik substance, x minum alkohol?

Apa kata ko phm gi sarankn gomen banteras penjualan rokok dan alkohol dan operasi kelab mlm terus
Quote Perawankota 28-10-2024 11:23 PM
Aku layan jer lagu ni.. tapi tak der pon nk terikut2.. dulu2 tak byk lagu2 mcmni pon tetaplah perangai memasing nauzibillah..
Quote delia3003 28-10-2024 11:27 PM
Walaupun lagu ni catchy tapi rengsa betul dengar sebutan 'aperteu' banyak kali repeat tu.
Quote Decaffeinated 28-10-2024 11:29 PM
Malaysia ni apa ja yang tak bimbang. Orang kibar bendera celebrate raya pun dia dah gelabah macam nak kena serang. Lirik lagu punya power boleh jahanam generasi muda.
Quote Gokuuu 28-10-2024 11:45 PM
Penyanyi lagu lets ketchup song tersenyum sinia
Quote MissYouSayang 28-10-2024 11:50 PM
Zaman madanon ni lagu harmless camni pon dorg buat terukk
Quote lolipopmanish 29-10-2024 12:02 AM
Overnyeee lagu je pon

iols suka dgr sbb catchy
Quote aijinmisaki 29-10-2024 12:09 AM
Asal ramai kata catchy aku dengar semak gila apertu apertu nyampah
Quote otai_g 29-10-2024 02:56 AM
Alah tp bila dgr lagu 1 Malaysia x terikut2 plk msg dlm lagu tu. Kita 1 bangsa kita 1 negara, 1 matlamat, oooo....
Quote ezacbee 29-10-2024 05:07 AM
Ala xde kaitan dgn lagu. Diri sendiri yg problem.

Semua nak tunding jari.
Quote Dovahkiin 29-10-2024 05:17 AM
Dari tak tau, jadi tau. Free publicity.
Quote wikedsaikel 29-10-2024 05:19 AM
Lagu ni tak sedap. Semua yg lepas BP tak sedap. Kecuali Jennie dgn Zico haritu.
Quote VioletsAre_Blue 29-10-2024 05:41 AM
Lagu sampah memang ramai peminat. Rose ni pun sengau dik baik tak payah nyanyi
Quote L.U.S.M 29-10-2024 05:53 AM
Laki aku sebut ni lagu apartment (apt) hahahaha
Quote Tinot7 29-10-2024 06:28 AM
Iols baru tau bruno mars ni takde darah blek langsung

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.198234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top