CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak KM nasihat suami pun kena dengar cakap isteri kalau nak bahagia

29-10-2024 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41783| Komen: 13

 


BANYAK bersabar dan beralah dengan pasangan antara rahsia rumah tangga usahawan sensasi Liana Rosli bertahan selama 22 tahun.

Liana atau mesra disapa Kak KM berkata, dia mengamalkan perkara itu kerana sedar seorang lelaki mempunyai perangai tersendiri.

Bagaimanapun kata Liana, seorang suami juga sebenarnya perlu beralah dan mendengar cakap isteri sekiranya bagi mencapai titik keharmonian dalam sesebuah rumah tangga.

"Setiap suami itu ada perangai mereka yang tersendiri. Macam saya, sudah 22 tahun usia perkahwinan memang kena banyak bersabar.

"Tapi lelaki pun sebenarnya kena dengan cakap isteri kalau dia nak panjangkan usia perkahwinan sebab isteri tak pernah salah," katanya.

 


Pandangan itu dikongsi Liana menerusi Instastory dimuat naik pelakon Datin Umie Aida pada Selasa.

Berkongsi lanjut, Liana berkata, jika seseorang suami itu enggan berkompromi ada kemungkinan perkahwinan dibina akan berdepan masalah.

"Tapi bila suami tak nak dengar cakap kita (isteri), ia akan bermula (bergaduh)," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Nora Danish yang duduk di sebelah Liana juga dilihat setuju dengan pandangan usahawan berkenaan.

"Saya undi untuk kamu a. Betul isteri tak pernah salah," ujarnya.

 

Liana, Nora dan Umie dilihat menghadiri satu majlis agama yang diadakan di kawasan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan pada malam Isnin.

Turut kelihatan pada majlis sama ialah Fattah Amin, Zizi Kirana, Erma Fatima dan Betty Ahmad.


SUMBER : – Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 29-10-2024 04:10 PM
kenapa bebenang acik fefets berlendir ni masuk bod CI???

yihhhh
Quote IvyGorgon 29-10-2024 05:25 PM
Laki kau dgr cakap kau lah smpi korang anak beranak jd barai cmni. Sama2 loser.
Quote Acik2kepam 29-10-2024 08:48 PM
Edited by Acik2kepam at 29-10-2024 08:59 PM

Aik kat mana2 pun ada fattah amin ya hahah
Kali ni mak dia pun ada sekali kan? Akak rasa mak dia tu mcm baya2 umie aida jer



Btw selalunya yg mcm kak km  ni tahan lama plak yg nampak harmoni romantiss plak yg tetiba berserai berai.
Quote dua_chzy 29-10-2024 09:51 PM
Camping fefeling Islamik terpaling masuk sorga di kalangan retis2 n selebs lahanat suma hada kisah dalam kain yang tokleh dibuat contoh ke ni?
Quote exclusive_vvip 30-10-2024 12:59 AM
I rasa btol apa dia cakap..sampai laki jd dayus la..biar je anak bini buat apa..yg penting bg duit kat laki..I penah jumpa diorg ni laki bini 2-3 tahun lepas..si bini jalan kat depan, yg laki sebatu kat belakang
Quote ketambangkang 30-10-2024 08:05 AM
jgn bangga sgt la dgn 22 thn tu..klu Allah nak uji yg kawin 40 thn pon bole serai
Quote mdhelmi 30-10-2024 08:24 AM
dia nak pesan kat artis2 je tu
Quote MadameOnion 30-10-2024 08:38 AM
betullah tu..tapi kalau laki dengar cakap bini tapi culas nafkah, ada skandal pulak selayaknya diterajang keluar
Quote dekmieDandy 30-10-2024 09:12 AM
teringat dia panggil laki dia bidih bangang tu
Quote gideoncross 3-11-2024 03:39 PM
dua_chzy replied at 29-10-2024 09:51 PM
Camping fefeling Islamik terpaling masuk sorga di kalangan retis2 n selebs lahanat suma hada kisah d ...

Kegemaran ummah Malaya
Quote monreyes 3-11-2024 04:54 PM
Edited by monreyes at 3-11-2024 05:00 PM

org lelaki ni mmg la sel2 otak x bersambung...kalau dia nak ikut kepala dia selalu mmg perang lah
Quote bulalof 4-11-2024 09:04 AM
bodoh. dua-dua nya.
Quote AnnaSendin 4-11-2024 10:19 AM
Cam laki sheols, dah persis lembu ikut sajork sheols. Anak seksi, bini persis kerja kat loring haji taib pon senyum. Ker heols pon sama spesis?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.219504 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top