Baru-baru ini dilaporkan Starbucks Malaysia telah menutup lebih 100 cawangan disebabkan oleh kesan boikot. Bagaimanapun Starbucks Malaysia menafikan dakwaan tersebut, petik New Straits Times — Business Time. “Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup hanya ditutup buat sementara waktu,” kata wakil Starbucks Malaysia kepada Business Times. Beliau berkata penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan mereka menyelaraskan kehadiran mereka secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan. Dalam pada itu, Starbucks Malaysia berkata mereka melihat peningkatan positif dalam jualan mereka kerana pelanggan mereka mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar dan bahawa Starbucks tidak pernah berada dalam senarai gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS).
Sumber – NST, The Vocket |
edayildiz replied at 2-11-2024 07:58 PM
xnak ngaku konon..i tgk semua dah ttp tmpt yg i selalu pergi..tp yg kt quayside mall xtutup lg tp xd ...
msdummy.2018 replied at 2-11-2024 03:42 PM
Aikkk yg beria boikot tuh dah xmampu tahan lagi ker...
cmf_almondpecan replied at 3-11-2024 08:42 AM
Bergantung pada tempat kot. Kalau kat area PJ, Damansara, Puchong nampak berkembang maju. Buat ren ...
ADVERTISEMENT