CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Pil Kuda Di Sebuah Hotel Di Golok?

2-11-2024 07:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 84079| Komen: 150

 


Penyanyi wanita popular di negeri ini antara enam individu yang dipercayai ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand semalam.

Memetik Sinar Harian, penyanyi bersusia 20-an itu ditahan bersama lima lagi individu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Sementara itu, sumber ketika dihubungi mengesahkan penahanan penyanyi wanita berkenaan.

“Mengikut maklumat, dia kini berada dalam tahanan polis Thailand. Selebihnya, saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan,” katanya.

Terdahulu tular berita tangkapan penyanyi lagu-lagu daerah Kelantan menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengikut maklumat tular itu, kesemua mereka ditahan selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan yang terletak di bahagian bawah hotel.

Hasil pemeriksaan dilakukan Polis Thailand menjumpai sebanyak 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda. Difahamkan, dua lagi suspek yang tidak dikenali berjaya melepaskan diri dalam serbuan tersebut.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan kes berkenaan.


Sumber - Sinar Harian, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bublysnowflake 2-11-2024 07:42 PM
dia ni yg nama eda tu kan
yang nyanyi lg abang sabar abang tu kan..
i tahu lagu tu sbb leona
Quote riena3321 2-11-2024 08:00 PM
bublysnowflake replied at 2-11-2024 07:42 PM
dia ni yg nama eda tu kan
yang nyanyi lg abang sabar abang tu kan..
i tahu lagu tu sbb leona

aha betul. sekali dgn suami dia
Quote ezacbee 2-11-2024 08:03 PM
Aku xtau nama n muka dia. Lagu dia soba bey aku tau laa..
Quote sleepandream 2-11-2024 08:04 PM
adeke speku kak mitch... mentang2 sheols mendonat... sejak bila sheols nyanyi loghat kelate
Quote bublysnowflake 2-11-2024 08:11 PM
riena3321 replied at 2-11-2024 08:00 PM
aha betul. sekali dgn suami dia

mmg dia terlibat ke u or berada ditempat yg salah?
founder founder sskjp yg lain tu pun mcm xblh dipercayai jgk sbb nampak kaya berjaya je kan mereka ni semua..produk mereka bkn la semua org kenal pun..
Quote enot_sibudak 2-11-2024 08:12 PM
riena3321 replied at 2-11-2024 08:00 PM
aha betul. sekali dgn suami dia

maksud skali ngan adik ja suzuran la kan..

Quote pocongkiutss 2-11-2024 08:16 PM
Minah soba beu tu bukan ke bertudung litup..kemain yach
Quote Hoola 2-11-2024 08:45 PM
tunjuk muka!!
if tbukti salah, pls show mukaaa

rkyt dh penat kisah2 bodoh retis(?), inplueanza,founda malaya
Quote Acik2kepam 2-11-2024 08:49 PM
pocongkiutss replied at 2-11-2024 08:16 PM
Minah soba beu tu bukan ke bertudung litup..kemain yach

Tutup litup tak bermakna maksum
Lagipun bkn jenis tutup sampai ke tumit pun
Jenis pakai tudung tp tetap selambak
Quote Acik2kepam 2-11-2024 08:51 PM
Hoola replied at 2-11-2024 08:45 PM
tunjuk muka!!
if tbukti salah, pls show mukaaa


2473130C-B48F-4BB3-98BC-C9735CBFD3B9.jpeg

Muka kena kabur jer yg ada
Quote Hoola 2-11-2024 08:55 PM
Acik2kepam replied at 2-11-2024 08:51 PM
Muka kena kabur jer yg ada

hmmm
harum nama ngara kita kt sana angkra pilkuda
terpalit sama seorg'retis'dari malaysia
kah!
Quote doubleA 2-11-2024 08:57 PM
Retis kelate ke mujur dlm berita pun tulis retis “negeri”, bukan level negara lagi. Whoareyussssss
Quote BlackpingU 2-11-2024 09:01 PM
Acik2kepam replied at 2-11-2024 08:51 PM
Muka kena kabur jer yg ada

Ni jenis pakai tudung sebab kat Kelantan mmg kena pakai tudung
Quote BlackpingU 2-11-2024 09:05 PM
Artis tempatan?
Quote slyfynx 2-11-2024 09:05 PM
Pasni leh pakai lirik baru
BI SOBA BI
Quote sepunora83 2-11-2024 09:29 PM
laki bini tuh..elok2 nama bru naik,jd mcm ni plak
Quote Acik2kepam 2-11-2024 10:12 PM
BlackpingU replied at 2-11-2024 09:01 PM
Ni jenis pakai tudung sebab kat Kelantan mmg kena pakai tudung

Tgk video dia nyanyi tahun 2022 masa tu lum pakai tudung lg.
Rasanya dlm gambar tu dia yg pakai tudung tu.

Quote pocongkiutss 2-11-2024 10:16 PM
Acik2kepam replied at 2-11-2024 08:49 PM
Tutup litup tak bermakna maksum
Lagipun bkn jenis tutup sampai ke tumit pun
Jenis pakai tudun ...

Dia mcm geng sskjp rempit..yg pakai tudung tp dada tayang selambak..pastu muka pakai produk timbang kilo / drip
Quote n3ar 2-11-2024 10:55 PM
aku x pnh percaya SSKJP yg hebakk kayo nim...

artis kow, founder produk.timbang kilo kow...pelik tgok kekayaan lain macam padahal produk sampah tak pernah nampak kt pasaran...sorry to say la, aku mmg terus pikir sek2 ni kaya sbb dadah

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056577 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top