CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Langsung Tak Berkudis, Saya telah dibayar kepok-kepok” – Azwan Ali Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Berpakaian Wanita Di ‘Private Party’

4-11-2024 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8633| Komen: 104

 


Azwan Haji Ali atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA tampil memberi respon setelah dia dikecam menyanyi dan berpakaian seperti seorang wanita di suatu acara.

Ujar Azwan, itu adalah penampilan pertamanya dan turut mendapat bayaran yang lumayan.


"Saya langsung tak berkudis, tak rasa apa pun sebab pertamanya ianya adalah private show."

"Saya telah dibayar kepok-kepok hanya untuk muncul sebagai Cita Citata dan ia adalah pengalaman pertama saya berpakaian seperti itu. Lagi pun serba serbi ditaja dari kepala sehingga kek kaki."


Dia juga meminta netizen di luar sana untuk menjaga hal sendiri kerana ia tidak mendatangkan kesan terhadap dirinya.

"Jadi macam saya katakan saya tak berkudis, pada semua pihak nerakazen yang mengecam Diva tolong la jaga kubur mak bapa sendiri sebelum sibuk tentang saya."

"Yang penting saya juga kaya sebab saya kebelakangan ini banyak buat private show, ig review dan podcast yang berbayar, jadi apa sangatlah dengan kecaman dan tohmahan yang tidak menguntungkan saya."

Azwan juga berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa jika video itu menjadi tular kerana ia sudah terjadi.

“Saya masih berpada-pada dan saya tak buat untuk umum, tapi kalau sudah tersebar siapa saya untuk hentikan. Yang penting orang yang ambil saya itu bayar dan tetamu yang hadir terhibur” ujar Azwan Ali.


SUMBER: Gempak, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-11-2024 10:56 PM
Aku lak tertengok kaki dia yang penuh parut
Quote AcikBuncit 4-11-2024 10:59 PM
Dh knp fmily mlayu isley btudung bagai tu nk organize private party cmni. Xmalu ke anak2 tgk. Bdk2 kcik kt party tu. Aduhaii manusia skg…
Quote Selubung 4-11-2024 11:05 PM
i is cannot ada perempuan bertudung kat party terpaling open minded
Quote Carcosa 4-11-2024 11:15 PM
Kau tak berkudis dgn cemuhan Netizen, tapi kaki kau berkudis tanpa cemuhan Netizen.
Quote nolya 5-11-2024 12:26 AM
Kesian AA. Demi wang yg dibayar untuk menghiburkan tetamu undangan, soal haram dn dosa tiada dlm fikiran dn pertimbangan.  Yg penting wang masyuk dn dirinya direlakan jadi objek persendaan.  Adakah AA peduli, tidak!  Terfikirkah kalau hiburannya untuk majlis tertutup, tetapi tetap juga Allah melihatnya? AA menganggap dia sudah dibayar wang untuk menghiburkan, maka dia menjalankan sesuai bayaran.  Apakah AA tidak terfikir kalau Allah wujudkan dia di dunia untuk beribadah kpdNYA, sudahka AA berbuat demikian. Denga manusia, segala kerjaan ada imbalan, ttpi kpd Allah yg telah kurniakan AA dgn segala nikmat, sudahkan AA buktikan dgn taqwa dn taat?

Ya memang orang lain tak akan tanggung dosa yg AA lakukan,  malah dibentak pula soal kubur soal masing2.   Namun sbg sdr seiman ada perkara

yg perlu dipedulikan. Tak mungkin kita membiarkan perkara mungkar seenaknya berlaku di depan mata tanpa tidak menegurnya.
Quote manopBKK 5-11-2024 12:28 AM
Sherammmm … knp eye bag berlapis-lapis gitu
Quote zuriey 5-11-2024 12:35 AM
Baik jemput kak vee jurr lagi cantik pondan tu dr diva aa
Tiktok kak vee dah terbenam kah
Lama tak npk dia live
Quote bintangct 5-11-2024 12:43 AM
nolya replied at 5-11-2024 12:26 AM
Kesian AA. Demi wang yg dibayar untuk menghiburkan tetamu undangan, soal haram dn dosa tiada dlm fik ...

dulu dh g umrah ok la skit perangai dia wlpun mulut masih hansuang
tp ni teruk sgt dh.. kalau Allah cabut nyawa masa tu gak mcm mana hajiii azwan ali adoiii
Quote anggeriklatifah 5-11-2024 12:59 AM
Iols teringat msa first raya dia buat video sambut raya dgn roh2 kaum family dia katanya..dia hidangkan makann jemput roh2 mak ayah dan cucu sedara dia masuk mkn rendang. Serammmm
Quote lanacondor 5-11-2024 01:12 AM
Kisah hidup dia, dia je yg tau sakitnya.. Semoga Allah beri kesembuhan Dan petunjuk kembali ke pangkal jalan
Quote nolya 5-11-2024 01:25 AM
lanacondor replied at 5-11-2024 01:12 AM
Kisah hidup dia, dia je yg tau sakitnya.. Semoga Allah beri kesembuhan Dan petunjuk kembali ke pangk ...



Kalau sakit, carilah ubat.  Sedar berdosa kenalah taubat.
Spt sesat dlm kehidupan dunia, harus ada yg memimpin ke jalan sempurna.
Quote nolya 5-11-2024 02:03 AM
Berkali2 sudah tunaikan umrah
berkali2 juga ke maqam Rasulullah
zikir tak putus2  "labbai kallah"
sejuk dahi sujud ke lantai Kaabah

Tentu ada doa yg dirafakkan
tentu ada keinsafan mengetuk kekerdilan
tiadakah linangan air mata bercucuran
sambil bertanya "siapakah diriku ini di sisiMu wahai Tuhan?"

Bertahun2 sudah berlalu
pudarkah sudah mabrur umrahmu
malah kini songsang pulak tingkah dn laku
Kaabah boleh menangis bila melihat kejadianmu

Masih adakah jalan pulang
bolehkah yg gelap kembali terang
umur tetap memanjat usia
sediakan bekal untuk ke rumah bertiang dua
Quote little_sis 5-11-2024 02:09 AM
Serius terkejut tengok gambar atas tadi, dah le tgh2 malam ni ????
Quote sleepandream 5-11-2024 04:25 AM
haiyooo... kalau gitu pelacur pun dibayar jugakkk... statement pondan gitu la yang penting konfiden syok sendiriiiii
Quote MatDeghem 5-11-2024 04:49 AM
nolya replied at 5-11-2024 01:25 AM
Kalau sakit, carilah ubat.  Sedar berdosa kenalah taubat.
Spt sesat dlm kehidupan dunia, harus  ...

orang sakit mental/sewel...dia tak tau pun dia sakit.
yang dia tahu dia ikut rentak otak dia.
bila orang tegur ape dia buat salah...dia tak akan faham.

Hanya orang di sekeliling nya yang boleh tolong, untuk dapat perubatan.
Tapi kalau orang sekeliling hanya mengunakan dia kerana mereka tahu kelemahan nya...maka nya mangkin teruk lah penyakit nya.

azwan ali 1.jpg

Sapa betina ini? organiser nya ke?


Yang harus di kutuk penonton dan orang yang bayar dia.
Azwan is a sickman. He need help.


Quote Thunderclouds 5-11-2024 06:51 AM
Dia kaya hokehh..
KAYA.
Cikpor sengkek p main jauh²
Quote minahgempal 5-11-2024 06:54 AM
diva aa nie kalau tak terlalu ikut perasaan sgt dlu..frust sgt dgn zz tak ada la jadi mcm nie..molek jek dok belakang tabir atau jadi lawyer..tpi tu la..lain plk jdi..
Quote noor2 5-11-2024 07:02 AM
Muka depan tu kalau cik ponti jumpa depan2 pun cik ponti boleh lari...
Quote zehra2 5-11-2024 07:04 AM
moga sempat ler bertaubat sebelum mati

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035849 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top