CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaga pergaulan (ikhtilat) dipejabat, elak skandal

6-11-2024 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28046| Komen: 58

 



BERMULA dengan kawan di pejabat, kononnya untuk berkongsi masalah bersama, teman makan dan keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan perasaan suka sama suka antara lelaki serta wanita yang sudah berkahwin.

Ini mungkin situasi pada ketika ini berlakunya 'skandal di pejabat' apabila si lelaki atau si wanita yang sudah berkahwin mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain di pejabat.

Normalisasi 'hanya kawan pejabat' yang mungkin membawa kepada bibit-bibit hubungan terlarang sehingga menjerumus ke arah perlakuan zina.

Lebih membimbangkan, ia berlaku terhadap wanita serta lelaki yang sudah berkahwin sekali gus mencetuskan pelbagai implikasi khususnya bagi beragama Islam, perlakuan itu berdosa besar.

Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (ikhtilat) hanya dibenarkan pada keadaan tertentu seperti urusan darurat dan urusan keperluan yang membabitkan muamalat sesama manusia.


Beliau berkata, ia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan menjalankan urusan kebiasaan seharian.

Katanya, keharusan ini dibenarkan dengan batas yang ditetapkan oleh syarak dan tertakluk pada nilai-nilai adab.

"Secara ringkasnya, garis panduan Islam berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti tidak berkhalwat (berdua-duaan) di tempat tertutup sekiranya tiada sebarang urusan darurat atau urusan keperluan mendesak.

"Menutup aurat dengan sempurna ketika berhadapan dengan berlainan jantina, menjaga serta menundukkan pandangan pada kadarnya ketika berurusan secara langsung.

"Golongan perempuan tidak boleh menggunakan suara yang lunak dan manja ketika berkomunikasi dengan lelaki asing serta tidak menunjukkan reaksi dan lenggok badan yang boleh menimbulkan syahwat dan tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan," katanya.

Kesimpulannya, katanya, asas pergaulan yang membabitkan percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada urusan darurat dan urusan keperluan bagi muamalat seharian sesama manusia.

Menurutnya, hal itu dibenarkan selagi tidak menimbulkan sebarang fitnah di samping menjaga batas pergaulan serta garis panduan yang ditetapkan syariat dan memelihara nilai-nilai adab.

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 6-11-2024 08:00 AM
Aku scandal dgn SUAMI aku sendiri je kat ofis
Quote chinta89 6-11-2024 10:06 AM
rengsa aku tgk sorang budak ni duk merengek2 manjahhh dpn jantan acah2 "kami profesional" eh puihhhhhh 10000x
Quote izzah_mia 6-11-2024 10:25 AM
yg paling geli bila bini2x org yg lebih2x..dok panggey2x lelaki2x kat opis sayang. cuba kalau ppuan lain panggil laki ko sayang, baru ada akal. pastu nak membontot je laki org pegi mana even nak amik barang. bukan keja dia pun. dunia2x
Quote IzzahF 6-11-2024 11:12 AM
izzah_mia replied at 6-11-2024 10:25 AM
yg paling geli bila bini2x org yg lebih2x..dok panggey2x lelaki2x kat opis sayang. cuba kalau ppuan  ...

selalu yg bukak jalan tu ppuan lagi2 bini2 orang. kebanyakan lelaki dia takkan tiba2 nak menoron betina2 tu sbb dia tau kalo kena caj rogol tu hukuman berat. yg betina2 tu membagi jalan..memintak2, selagi tak dapat selagi tu meleseh2. byk kes skandal pejabat ni ppuan yg bukak jalan smpai check in

bila dah kantoi derama paling dasyat dari ppuan juga. tu sbb dlm islam dia sebut fitnah wanita. sbb ppuan paling bijak menipu
Quote espri6006 6-11-2024 11:28 AM
kat company aku ada je..sang suami bercerai dengan sang isteri lepas tu kawin dengan perempuan kat company sama..opis diaorg sebelah menyebalah je
Quote copy_paste 6-11-2024 11:30 AM
IzzahF replied at 6-11-2024 11:12 AM
selalu yg bukak jalan tu ppuan lagi2 bini2 orang. kebanyakan lelaki dia takkan tiba2 nak menoron b ...

betul tu,yg bg ruang tu selalunya ppuan,kena plak laki jenis xtahan godaan mmg boleh pergi sampai ke dalam
Quote IzzahF 6-11-2024 11:34 AM
copy_paste replied at 6-11-2024 11:30 AM
betul tu,yg bg ruang tu selalunya ppuan,kena plak laki jenis xtahan godaan mmg boleh pergi sampai  ...

lelaki mmg tak tahan punya, benda sedap. walau muka buruk, janji ada lobang, dan ppuan2 mcm ni mmg cunning. ppuan gatal ni bukan develop sehari dua..dari muda dah biasa. jadi tetiba keje environment ramai lak lelaki. mmg dia suka la. bg makan...tiba2 care sgt tanya kat rumah makan apa, kat opis makan apa..nape baju ada kedut, bini tak gosokkan ke? walhal laki dia sndiri kat rumah tu pun dia tak penah masakkan.

bini org dia punya trick lg byk dari ppuan bujang
Quote copy_paste 6-11-2024 11:46 AM
IzzahF replied at 6-11-2024 11:34 AM
lelaki mmg tak tahan punya, benda sedap. walau muka buruk, janji ada lobang, dan ppuan2 mcm ni mmg ...

kawan aku gedik berskandal dgn laki org,tp laki tu x berapa nk melayan,kawan aku dah byk kali bukak peluang utk bersatu tp lelaki tu byk mengelak,x semua lelaki boleh tahan tp ade je yg boleh tahan cuma kebanyakan mmg x tahan, dlm 3 skandal kawan aku 2 dia dpt batang
Quote midori888 6-11-2024 11:50 AM
don't shit at place u earn your living...gitu prinsip meols...haha..







Quote IzzahF 6-11-2024 12:09 PM
copy_paste replied at 6-11-2024 11:46 AM
kawan aku gedik berskandal dgn laki org,tp laki tu x berapa nk melayan,kawan aku dah byk kali buka ...

bini org kalo tak membukak jalan, takdenya jantan tu nak paksa2 menoron sampai nk merogol pun. ppuan tu dah mmg gatal. tak berbaloi jantan tu nak paksa2 ko bukan anak dara pun. kadang ppuan lg pandai nipu. ngaku janda, ngaku dah nk cerai...mintak simpati. buat citer sedih2. bukan dia nk kawen dgn jantan tu....nk beromen je
Quote BungaKencana 6-11-2024 12:17 PM
opis kwn aku, bile kantoi dorang berskandal, dia ckp orang fitnah.. pdhl mmg betul pun, yg buat report ke HR tu pasangan dia sndr.. ada sorang tu smpai da cerai tp lelaki yg dia berskandal tu takde pun nk kawen dgn dia.. sia2 hidup
Quote Bawang123 6-11-2024 12:24 PM
Ada pernah baca confession seorang suami menyesal sebab tak baca msj isterinya yg diganggu secara keterlaluan dgn org atasan sampai isteri depression dan minta kebenaran berhenti kerja, si suaminya pjj, isteri call luah suami ckp biaselah tu, ambil mudah..last² isterinya berhenti dan ignore si husband.
Quote midori888 6-11-2024 12:41 PM
dept meols majority lelaki, mcm2 kegatalan diorg meols pnh tgk...skandal sana sini..tau2 dpt jemputan kawen dgn bini ke 2 or ke 3..hahaha..takperlah asalkan diorg mampu dan tak menyusahkan meols sudah...

Quote izzah_mia 6-11-2024 01:31 PM
IzzahF replied at 6-11-2024 11:12 AM
selalu yg bukak jalan tu ppuan lagi2 bini2 orang. kebanyakan lelaki dia takkan tiba2 nak menoron b ...

betul. lelaki takkan berani kalau ppuan tak bagi respond. lelaki akan cuba sekali tapi bila ppuan elak dorang takkan nak cuba dah.
yg tak boleh terima akal, laki sendiri taknak jaga padahal baru lepas operation. kat media social post doa2x seolah2x islamic sangat.
pelik2x perangai orang sekarang ni
Quote L.U.S.M 6-11-2024 02:12 PM
green~tea: Aku scandal dgn SUAMI aku send ...


1 dept 1 company ke sis
Quote L.U.S.M 6-11-2024 02:13 PM
midori888 replied at 6-11-2024 11:50 AM
don't shit at place u earn your living...gitu prinsip meols...haha..

Quote miss_white 6-11-2024 02:40 PM
Kt ofis aku tino cino bini orang
dok menggatal dgn bf org
Kena serang dgn gf org tu
Cina serang cina lantak ko situ






Quote ninja boy 6-11-2024 03:47 PM
Edited by ninja boy at 6-11-2024 06:25 PM

Org berkahwen itu mau try semua org macam budaya berskandal sesama bini/laki/janda/duda org sbb nak bersekedudukan senang org ramai perasan spt lakibini padahal skendel, di kawasan perumahan hujung minggu kereta penuh org luar parking masing2 berskendel tapi sbb itu semua rumah family dibutakan mata dipekakkan telinga aja kejiranan
Ini sbb dibiasakan bebas dari zaman sekolah, makpak membiasakan org luar gf/bf tumpang bermalam, rumah sewa dibiasakan bawa org luar jantina lain masuk rumah termasuk pondan ladyboy anak janda anak tiri bf gf
Quote copy_paste 6-11-2024 03:59 PM
IzzahF replied at 6-11-2024 12:09 PM
bini org kalo tak membukak jalan, takdenya jantan tu nak paksa2 menoron sampai nk merogol pun. ppu ...

mmg pun,kadg mmg ppuan yg melebih2,
kalau aku la mmg awal2 aku dah fkir,
xberbaloi langsung kalau kantoi,kalau laki dia jenis gila mau kena tetak,
rumahtangga sendiri musnah,boleh kena dakwa dimahkamah plak tu,
sedap sekejap tp merana mmg x berbaloi,
belum sebut soal dosa lagi tuh

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069910 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top