CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Tone Deaf” – Rashidi Ishak Cadang Fazura Ambil Guru Vokal

7-11-2024 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3032| Komen: 0

 


Nyanyian pelakon Nur Fazura di sebuah program di Indonesia mendapat perhatian ramai termasuk pelakon Rashidi Ishak yang meminta pengurus aktres itu mencari guru vokal.

Menerusi perkongsian di Threads, Rashidi mencadangkan pengurus Fazura perlu memberitahu aktres berkenaan untuk mendapatkan guru vokal bagi memperbaiki nyanyiannya.

 

“Saya melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta. Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf,” tulisnya.

Sementara itu, Rashidi berkata genre balada bukanlah sesuatu l yang mudah lebih-lebih lagi alunan lenggok Melayu.


 

Dalam perkongsian lain, Rashidi berkata Fazura memerlukan guru vokal kerana nyanyian boleh dipelajari dan memerlukan masa.

Katanya lagi, Fazura boleh menyanyi dengan lebih baik jika berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu nyanyian.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya. Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” tulisnya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037704 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top