CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Anggota MALBAT Cedera Kena Dron Tentera Israel, Turut Cedera Tiga Tentera Lubnan

8-11-2024 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38804| Komen: 12|Original author: akido_kido

 


Kuala Lumpur: Lima anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba di Selatan Lubnan dikhuatiri cedera akibat terkena serpihan letupan.

Berdasarkan maklumat terkini dari Tentera Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan melalui Awali di Sidon, Lubnan.

 

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) dalam kenyataan berkata, konvoi membawa pasukan pengaman yang baru tiba di Selatan Lubnan tercedera dalam serangan dron yang berlaku berhampiran.

"Lima anggota pengaman cedera ringan dan dirawat oleh Palang Merah Lubnan di tempat kejadian.


"Tentera Lubnan turut mengesahkan tiga tenteranya di pusat pemeriksaan berhampiran cedera," katanya.

 

Turut cedera tiga tentera Lubnan.

Unifil turut mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak meletakkan pasukan pengaman dan orang awam berada dalam keadaan bahaya.

"Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.

Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang membabitkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 sehingga 18 November.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 7-11-2024 11:45 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/DCEx09PyuAY/?igsh=MWdtZDM4cXFkcG82bg==[/ig]
Quote tumpanglalu74 8-11-2024 12:38 AM
Taik tocang la Trump dah menang ni..
Quote gigahertz 8-11-2024 01:37 AM
tumpanglalu74 replied at 7-11-2024 04:38 PM
Taik tocang la Trump dah menang ni..

adakah peristiwa pembunuhan trump dalam simpson akan berlaku ?
Quote shamsadis 8-11-2024 08:11 AM
salam perkenalan dari YisRael, kena repeat balik
Quote Decaffeinated 8-11-2024 02:40 PM
Dia bukan target PBB tapi Malbat. Ada netizen yang speku Malaysia is next. Kalau itu benar rasa2 siapa yang akan datang membantu. Arab Saudi?
Quote testly 8-11-2024 06:33 PM
Apa lg malaysia, hari tu kata malaysia boleh bls. Semoga Allah bls blk pd yahudi zionist ni. Janji Allah itu benar, cuma tiada siapa yg mengetahui bila akan berlaku. Yakin...
Quote kemaruk 8-11-2024 07:10 PM
Semoga trump membawa keamanan di bumi falastin
Quote kemaruk 8-11-2024 07:28 PM
testly replied at 8-11-2024 06:33 PM
Apa lg malaysia, hari tu kata malaysia boleh bls. Semoga Allah bls blk pd yahudi zionist ni. Janji A ...

Para netizen bolehlah turut sama menyumbang bakti dengan menghamburkan komen2 mak ko hijau di page2 milik israel
Quote nusaraya 8-11-2024 07:50 PM
Mengapa MalBatt X sekalian membawa "Bomoh Sakti"  untuk keselamatan mereka di sana ?
Quote Radzor 8-11-2024 09:07 PM
testly replied at 8-11-2024 06:33 PM
Apa lg malaysia, hari tu kata malaysia boleh bls. Semoga Allah bls blk pd yahudi zionist ni. Janji A ...

kannn...  menteri asalkan ada jawapan je. realiti ntah pape
Quote Radzor 8-11-2024 09:09 PM
Edited by Radzor at 8-11-2024 09:12 PM
Decaffeinated replied at 8-11-2024 02:40 PM
Dia bukan target PBB tapi Malbat. Ada netizen yang speku Malaysia is next. Kalau itu benar rasa2 sia ...


tahukah anda, siapa yang bantu british menghalau pasukan ottoman dari bumi palestine sehingga ke damascus..

(tambahan edit: semasa ww1.
dan lepas tu british declare akan bawa masuk yahudi zionist ke palestine.)
Quote sharlenetexas 8-11-2024 10:51 PM
Melangkau kedaulatan lubnan dan pbb.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071846 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top