CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan pengangkut kereta perisai ATM (KPKP) terbalik di Lebuhraya KL-Karak

8-11-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26175| Komen: 8

 


Kuala Lumpur: Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer (KM) 35.2 dari Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak, dekat sini, hari ini.

Kejadian pada jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, kenderaan berkenaan dalam perjalanan secara konvoi sebanyak enam KPKP yang membawa 12 KJA dari Kem Batu 10, Kuantan menuju ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT).

"Melalui laporan awal yang diterima, kemalangan disebabkan KPKP cuba untuk mengelak sebuah trailer awam yang telah menukar haluan dan masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba.


"Disebabkan keadaan jalan yang licin akibat cuaca hujan, KPKP hilang kawalan dan seterusnya terbabas ke jalan bertentangan.

"Kerosakan adalah keseluruhan bahagian Prime Mover KPKP manakala tiada kerosakan pada KJA dan pemandu KPKP tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, kenderaan lain yang berada di dalam konvoi meneruskan perjalanan ke Kem Perdana Sungai Besi.

"TDM menggerakkan sebuah kenderaan KEMBALIK dari pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD Mek) dari Kem Batu 10, Kuantan dan sebuah KPKP dari Kem Perdana Sungai Besi ke lokasi kemalangan bagi membuat penarikan KPKP dan pengambilan 2 KJA yang terlibat kemalangan ke pasukan bagi tindakan selanjutnya.

"TDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berlaku," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-11-2024 08:28 AM
nasib x kena kenderaan lain
Quote airmineral 8-11-2024 08:45 AM
adui hujan2 ni sume berhati2 ya
semalam iols sebaik sempat elak motosikal dan penunggang yang jatuh
terseret penunggang motosikal tu sebaik iols bawa tak laju dan sempat brekkk
minta jauh la drpd sebarang musibah
Quote Sesuatu… 8-11-2024 08:59 AM
Dkt FB ade yg komen treler ni bwk laju. Udah terbalik asset negara…
Quote apech 8-11-2024 09:00 AM
nisako replied at 8-11-2024 08:28 AM
nasib x kena kenderaan lain

lorong sebelah tu ada motor tengah lalu. Nasib baik motor tu sempat lepas.
Quote azlinahmad 8-11-2024 09:19 AM
semoga selamat dan dipermudahkan kepada anggota yang terlibat. Pujian juga harus diberikan kerana muatan kereta perisai masih kukuh diatas treler.
Quote matamata 8-11-2024 10:42 AM
Hujan lebat semalam kat hway karak
Quote liyamariska 9-11-2024 12:00 PM
ni yg semlm ai nampak ada lalu kt depan KL East mall...
Quote Decaffeinated 9-11-2024 12:30 PM
mana pergi komen aku ni mesti ada 2-3 thread serupa 2 x 5 x babee

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043189 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top