CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sampah' sebanyak 710 kg dikutip dari rumah warga emas yang suka kumpul sampah, kesalahan kali keempat

8-11-2024 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26863| Komen: 22

 



Ipoh: Sudah tiga kali diambil tindakan termasuk didakwa mahkamah, namun, seorang warga emas tidak serik dan terus menyimpan sampah di rumahnya di Taman Ipoh, di sini, sehingga menyebabkan kacau ganggu penduduk sekitar.

Hari ini, warga emas berusia 70-an diambil buat kali keempat oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MBI dalam kenyataan berkata, tindakan diambil selepas warga emas yang juga pemilik rumah berkenaan berulang kali meneruskan aktiviti mengumpul barangan kitar semula dan menyimpannya dalam kawasan halaman rumah kediaman teres satu tingkat sehingga menjadi kacau ganggu persekitaran kepada penduduk di kawasan sekitar.

Menurutnya, operasi yang bermula jam 8.30 pagi dijalankan selama empat jam tanpa sebarang insiden apabila pemilik premis itu memberikan kerjasama kepada MBI untuk membersihkan kacau ganggu terbabit yang dianggarkan seberat 0.7 tan metrik.


"Kita memindahkan sampah sarap seperti plastik, kertas, besi dan kayu dengan berat sebanyak 710 kilogram (kg).

"Pemilik ini pernah diambil tindakan mahkamah sebanyak dua kali dan dijatuhi hukuman denda dalam tempoh empat tahun, sebelum ini," katanya.

Menurutnya, semua barangan kitar semula itu kemudiannya dihantar ke Pusat Kitar Semula di Kawasan Perindustrian IGB dengan persetujuan pemilik dan pihak majlis.

"Pihak syarikat kitar semula kemudiannya membayar kepada pemilik sejumlah wang mengikut berat bahan kitar semula.

"Pemilik premis juga dinasihatkan untuk berhubung secara terus dengan syarikat kitar semula pada masa akan datang untuk mengelakkan barangan kitar semula dikumpul semula sehingga menjadi kembali kacau ganggu kepada orang awam.

"Sekiranya perkara ini masih berlanjutan, pihak MBI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan yang lebih tegas pada masa akan datang," kata.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-11-2024 08:27 AM
hoarder mmg susah la
Quote rain2169 8-11-2024 08:35 AM
dah mental kot......
Quote Thunderclouds 8-11-2024 08:59 AM
Risau ngn ular tikus lipas kalo sampah dh menggunung tu
Quote zuliana29 8-11-2024 09:07 AM
senang kerja dia, MBI tolong bwk ke sy, kitar semula.. bijak.. lepas ni kumpul lagi
Quote afie_m 8-11-2024 09:14 AM
sian dekat jiran
Quote JahLupa 8-11-2024 11:36 AM
Hoarding ni mmg payah. Tp kesian jiran2 la
Quote SalenaGomez 8-11-2024 11:40 AM
Thunderclouds replied at 8-11-2024 08:59 AM
Risau ngn ular tikus lipas kalo sampah dh menggunung tu

Kannnnn…. Kalau hewan2 tu pandai jalan2 dalam compound rumah dia je ok lah. Ni merayap tumah jiran2 … bau nya lagi

Sama konsep beli rumah juga. Kalau boleh beli rumah yg x berdekatan shoplot especially kedai makan.
Quote dubuk 8-11-2024 02:00 PM
Mak aii melimpah.. kena set buffer zone khusus untuk dia  
Quote hokeypokey 8-11-2024 02:07 PM
angkut pemilik tu sekali letak kt spital mental
Quote lightheaded67 8-11-2024 02:42 PM
kuat lagi sheol yek pergi meronda. dia nk jalan jalan kot, tp tgn takleh benti ngutip? sape sape bawak la dia g naik bukit kledang tu ha kasi habis tenaga, situ takde nk ngutip. tak pon bwk gi koje kebun. sukati je aku bg cdgn
Quote A-Are 8-11-2024 02:54 PM
ada je yg jenis mcm ni..kat ofis i olls dulu ada sorang, xkawen ddk sorang, suka kutip2 tin, bawak balik kotak lah..makanan la...paderhal tiap2 bulan ada je gaji semua...mcm penyakit agaknya..now da pencen
Quote Duta lover 8-11-2024 03:09 PM
Dulu pernah lalu kat tiktok aku pasal sorang Malaysian ni yg suma dumper diving? Eh yeker term nya? Yg selongkar tong sampah pasaraya..pastu yg elok2 amik utk makan. Terpaling wat content alami..rasanya anak2 pun homeschool. Pastu aritu terlalu lagi sekali sheolss mcm merentan ckp susah nj teruskan sbb takde suami yg supportive. Lahhhhhh rupanya sebab selama ni tunjuk suami dia join je aktiviti dia semua tu. Hahaha
Quote midori888 9-11-2024 07:51 AM
sebatang kara ke org tua nie? takde family?
Quote midori888 9-11-2024 07:52 AM
Duta lover replied at 8-11-2024 03:09 PM
Dulu pernah lalu kat tiktok aku pasal sorang Malaysian ni yg suma dumper diving? Eh yeker term nya?  ...

mcm pnh come across video dia....laki dia bukan local kan?
Quote Samerosie 9-11-2024 09:20 AM
Dah 4 kali next dia buat lagi sita rumah as unfit for habitation.  Dia hantar rumah org tua jkm.
Quote pocongkiutss 9-11-2024 09:35 AM
Duta lover replied at 8-11-2024 03:09 PM
Dulu pernah lalu kat tiktok aku pasal sorang Malaysian ni yg suma dumper diving? Eh yeker term nya?  ...

Moslem or non moslem uols?
Quote ultra78 9-11-2024 09:48 AM
Malaysia patut ada undang-undang baru untuk kes hoarder mcm ni. Contohnya lucutkan hakmilik rumah tersebut dan duit daripada lelongan rumah diguna untuk hantar penghuni tu ke rumah orang tua.
Quote Duta lover 9-11-2024 09:55 AM
midori888 replied at 9-11-2024 07:52 AM
mcm pnh come across video dia....laki dia bukan local kan?

Tak sure suami dia local ke foreigner sbb selalu sipi2 je upload tengah selongkar tong
Quote Duta lover 9-11-2024 09:55 AM
pocongkiutss replied at 9-11-2024 09:35 AM
Moslem or non moslem uols?

Melayu islam

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065636 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top