Baru-baru ini tersebar dakwaan di media sosial bahawa parti DAP ditawarkan RM1.2 bilion pada pilihan raya umum lalu dan sebagai balasan, sebuah pangkalan tentera Israel akan dibina di negara ini jika mereka mengambil alih Putrajaya. Memetik dari laporan Malaysiakini, DAP hari ini menolak dakwaan itu dan menyatakan ia satu dakwaan tidak masuk akal. "Ini tidak masuk akal," kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung dakwaan itu. Loke berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki mengenai perkara berkenaan. Zuhdi dipetik oleh portal The Rakyat Post semalam bahawa DAP telah ditawarkan sejumlah wang dan sebagai balasan akan membina sebuah pangkalan tentera Israel di Port Dickson jika ia berjaya merampas Putrajaya.
Pemimpin PAS juga berkata DAP tidak pernah menafikan atau memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut. Sementara itu, ditanya sama ada DAP merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuhdi, Loke berkata pengumumannya akan dibuat kemudian. "Kami akan umumkan kemudian," katanya. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof Dr P. Ramasamy turut berkata, dakwaan-dakwaan yang dilemparkan itu tiada “kredibiliti”. - CARI Infonet. |
13
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
21
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HibinoSama replied at 31-12-2015 07:11 PM
1.2B = kem tentera
2.6B = ???
perang_candu replied at 31-12-2015 08:54 PM
Nak kasi orang benci.. cerita kasi tambah rempah ratus kaw kaw...
dulu ada orang kata family Maha ...
spiderman80 replied at 31-12-2015 09:26 PM
Kat Tanah Melayu yang serba suci ini, kalau seseorang ahli politik mahu menakutkan rakyat, beliau ...
znorm replied at 2-1-2016 12:59 AM
Dr. Mohd. Zuhdi bukan pihak yang membuat dakwaan tu, dia cuma mengetengahkan semula isu yang pernah ...
ADVERTISEMENT