CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi penyondol, jangan doa perkara tidak baik – Mimi Lana

11-11-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19027| Komen: 4

 


Kemenjadian watak sebagai perosak rumah tangga orang secara tiba-tiba menimbulkan kebencian dan dikecam ramai, pelakon Mimi Lana berharap tidak didoakan keburukan atau malapetaka ke atas dirinya.

Sedar akan kemarahan penonton, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, memberi peringatan agar khalayak tidak terbawa-bawa perasaan sehingga tidak berhenti mencemuhnya kerana melakonkan watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia memandangkan semua itu lakonan semata-mata.

“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan buat masa sekarang. Tambah pula isu penyondol (perosak rumah tangga) dalam rumah tangga tengah hangat diperkatakan.

“Tetapi, kalian janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan yang jelas bukan Mimi Lana,” katanya dalam Instagram.

Tambah Mimi, apa yang berlaku dalam drama tersebut hanyalah lakonan dan dia hanya melaksanakan tanggungjawab dalam melakonkan watak dengan baik.


“Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar.

“Semoga sikap seperti Intan ini akan dijauhkan dari kita semua. Saya harap penonton terhibur dan tidak mengambil hal ini terlalu peribadi,” katanya.

Selain Mimi, drama arahan Riza Baharudin yang bersiaran di saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Lan Siro, Kodi Rasheed dan Mia Nasir. 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 11-11-2024 04:15 PM
tapi aku mmg menyampah tgk watak dia dlm cerita tu.. jahat gila
Quote strawberrymerah 11-11-2024 04:19 PM
cantik la dia.. baju dia sume cecantik dlm citer andai tiada dia tu.. pastu dia berlakon bukan mcm penyondol biasa yg kita tgk tu.. geram tau dgn keberanian dia yg luar biasa tu..
Quote pocongkiutss 11-11-2024 07:00 PM
Drama dia ni kat tibi berapa
Quote pocongkiutss 12-11-2024 12:52 AM
Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Kuputeri & Sibella (Yasmin Khairuddin) dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.033978 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top