CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gobind Singh Deo gagal pertahan jawatan Pengerusi DAP Selangor

11-11-2024 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22202| Komen: 2

 


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Selangor kerana tewas dalam pemilihan Pemilihan DAP Negeri Selangor bagi penggal 2024-2027.

Pemilihan berlangsung sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.

Berdasarkan keputusan pemilihan yang diumumkan, Gobind yang juga Menteri Digital hanya memperoleh 675 undi, sekali gus gagal meletakkan namanya dalam kelompok 15 teratas untuk dilantik jawatan tertinggi DAP negeri.

Keputusan pemilihan menunjukkan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin meraih undi paling banyak iaitu 1,180 undi, diikuti Tiew Way Keng dengan 1,155 undi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han (1,058); ADUN Banting, V Papparaidu (1,028) dan Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau (1,020).

ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pula memperoleh 888 undi; disusuli ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki (846); Lee Fu Haw (841); Ong Chun Wei (831) dan ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (825).


Selain itu, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim meraih undi sebanyak 819, diikuti R Rajiv (800), Leong Tuck Chee (795), Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (780) dan Ean Yong Hian Wah (753).

Ketika ini, mesyuarat sedang berlangsung bagi memilih jawatankuasa tertinggi DAP Selangor yang baharu dalam kelompok 15 individu yang meraih undi tertinggi.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 11-11-2024 09:56 AM
Bayangan awal kejatuhan tu
Quote gigahertz 12-11-2024 12:49 AM
IC i poskod 68100 batu caves. Bila i ngundi . Undi i sampai pada si gobind singh ni la. Gobind singh ni jaga Damansara. Bende ni berlaku selepas PKR dapat selangor. Di buatnya persempadanan semula

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.036463 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top