CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

“Tak Salah, Dah Dipamerkan Dengan Jelas Di Pintu Masuk” – KPDN Bersuara Isu Kedai Nasi Lemak Di Kg Baru Caj ‘Aircond’ RM1

11-11-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36522| Komen: 15

 


Beberapa hari yang lalu, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati selepas satu kedai nasi lemak di Kampung Baru menggenakan caj RM1 kerana menggunakan bilik yang mempunyai penghawa dingin (aircond).

Bagaimanapun, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tampil menyatakan tindakan tersebut tidak salah kerana sudah dipamerkan di pintu masuk kedai terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati harga bagi makanan, minuman serta caj perkhidmatan mematuhi dasar harga terangkum seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011."

Difahamkan lagi melalui laporan Harian Metro, pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati caj RM1 untuk penggunaan aircond hanya dikenakan kepada orang dewasa, tidak buat kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

"Pekerja premis juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam bilik berhawa dingin berkenaan."


Susulan hantaran individu yang meluahkan rasa tidak puas hati itu viral, pemilik kedai nasi lemak berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa demi menjaga nama baik kedainya.

SUMBER: Harian Metro, Beautifulnara 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 12-11-2024 12:45 AM
Wanjo kah?
Quote Isninselasarabu 12-11-2024 07:42 AM
Kg bharu ni mmg mahal betol smue mencekik je hrga makanan..haha
Quote nisako 12-11-2024 08:04 AM
what seriously
Quote BoongaKertas 12-11-2024 08:44 AM
iols perasan ada kedai mcm tu gak buat dekat penchala. which iols rasa ok jer memandangkan kalau nak selesa, we pay extra jer lah. aiyo.
Quote msdummy.2018 12-11-2024 12:51 PM
Dahlama pun issue ni,, ada kedai kat area tawakal tuh pun wat mender sama jugak..so atas pilihan customer jugak
Quote JahLupa 12-11-2024 02:41 PM
Wanjooooo
Quote cmf_jeangrey 12-11-2024 07:35 PM
Apa masalahnya..dia bukan tipu harga

Sama juga iols beli aiskrim ada 2 harga, satu takeaway dan satu lagi eat in..so iols pilih takeaway sbb xnak bayar extra 20p not a problem at all sbb ice cream premium sedap sgt..

Ni semua benda pun gigih nk viralkan kena paham la dulu apa isunya..x pasal malu sendiri
Quote cantthinkofany 12-11-2024 07:54 PM
singgit for the comfort...alaaaaaaaaa berkira sangat.....nak selesa...nak sedap....you have to pay extra la...kalau tak, jom berlemoih peluh ngan orang yg tak nak bayar singgit tu kat luar....
Quote Perawankota 12-11-2024 08:29 PM
Byk jer kedai buat mcmni. Restoran haslam, nasi kandar Yassin dah berzaman2 kot dorg caj..
Quote ctaz 12-11-2024 09:12 PM
bukan sedap pun nasi lemak2 area2 kg baru ni....
terutama nasi lemak wanjoo....
Quote None68 13-11-2024 04:25 AM
Bertahun dah terpampang tulis harga aircond tu..bukan ada paksaan pun duduk situ..boleh je duduk luar kan
Quote manopBKK 13-11-2024 05:58 AM
Dah masuk .. melahap pastu balikkomplen. Sape yg bangang?
Quote gigahertz 13-11-2024 02:04 PM
BoongaKertas replied at 12-11-2024 12:44 AM
iols perasan ada kedai mcm tu gak buat dekat penchala. which iols rasa ok jer memandangkan kalau nak ...

sebenarnya RM 1 tu duit tepi. tak akan masuk akaun bank.

Quote annabellaruz2 13-11-2024 02:12 PM
loorr...itu pilihan sendiri.
Nak selesa, bayar la singgit.
Klu kedekut, duduk la makan kat luar.
Itu pun nak jd hal??
Iols selalu pilih yg beraircond sbb selesa dan bebas dari bau asap rokok!

Quote tagas 13-11-2024 04:07 PM
ns lemak international da tutup kan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.153043 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top