Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan video dan gambar beberapa rangka pesawat yang tular di media sosial adalah milik pasukan itu. Gambar dan video tular itu dikatakan membabitkan pesawat jenis F-5E buatan Amerika Syarikat. TUDM dalam kenyataan malam ini berkata, semua pesawat dan aset di bawahnya diuruskan dengan baik, selamat dan sistematik. "TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat (tular) itu bukan milik TUDM. "Pihak TUDM juga ingin menjelaskan bahawa semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian," menurut kenyataan. TUDM meminta orang ramai agar menghentikan sebaran maklumat palsu dan tidak melanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar. SUMBER: Harian Metro
|
"TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat (tular) itu bukan milik TUDM.
"Pihak TUDM juga ingin menjelaskan bahawa semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian," menurut kenyataan.
TUDM meminta orang ramai agar menghentikan sebaran maklumat palsu dan tidak melanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar.
chinta89: aku pelik la, apesal ek kalau ...
chinta89 replied at 12-11-2024 11:43 AM
aku pelik la, apesal ek kalau bg jawapan kan, jwpn tu mesti tergantung.
babyLON. replied at 12-11-2024 02:50 PM
Habis tu siapa punya?
babyLON. replied at 12-11-2024 02:50 PM
Habis tu siapa punya?
fattymah replied at 12-11-2024 08:46 PM
Check no plat noks.. tapi f5 ni jaman bila ntah.. bukan dah f36 ke
ADVERTISEMENT