CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura kekal penjaga Fatima, Fattah dapat hak lawatan, bermalam - "Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu"

12-11-2024 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17933| Komen: 83

 


Tuntutan hadanah bekas pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura hari ini selesai apabila hak penjagaan anak mereka, Fatima Aisya diserahkan kepada Fazura manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.

Fattah dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan yang baru berusia empat tahun itu.

Menurut peguam yang mewakili Fattah iaitu Zulkifli Yong Azmi, persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses perceraian awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu, manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.


Tambah Zulkifli lagi, sekiranya terdapat pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.

Sementara itu Fazura ketika ditemui selepas selesai urusan mahkamah berkata dia bersyukur segalanya telah selesai.

“Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” jawabnya ringkas.

Percubaan Kosmo! Online mendapatkan respons Fattah pula tidak berjaya apabila enggan ditemubual dengan alasan perlu bergegas kerana ada urusan lain.

Terdahulu Fattah Amin atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sah bercerai talak satu dengan Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari. 

SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 12-11-2024 04:29 PM
move on tapi nampak makin cekung muka tu. makan hati tak sangka diceraikan juger
Quote kurungpahang 12-11-2024 04:31 PM
Edited by kurungpahang at 12-11-2024 04:33 PM

Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.

Bamtah dpt jumpa nyamma almost hari hari jugak la kan…
3x seminggu tanpa bermalam:
Isnin, selasa, rabu (bamtah boleh ambik nyamma dari sekolah & spend masa sama sama sampai malam, hantar balik)

2x bermalam dlm sebulan
-bamtah boleh ambik nyamma bermalam jumaat-ahad (hantar balik)

5-6 hari dlm seminggu bamtah bleh jumpa ank.
Boleh spend byk masa berkualiti dgn nyamma
Quote kurungpahang 12-11-2024 04:37 PM
Baru perasan td bamtah ada jgk tapi tak nak kena interview dgn reporter
Quote MatDeghem 12-11-2024 04:51 PM
hmmlantakko replied at 12-11-2024 04:29 PM
move on tapi nampak makin cekung muka tu. makan hati tak sangka diceraikan juger

kalau muka glowing tembam...nanti di kata happy dah dapat cerai kerana ada yang menunggu. yang tunggu bukan calang2. Jagong, VIP indon.
abdol pun sekarang dah happy...dah dapat jadi diri sendiri.
rezeki melimpah ruah. dapat rapat dengan keledek2 nya. nak ape lagi? masih marah ke?












Quote MatDeghem 12-11-2024 05:00 PM
kurungpahang replied at 12-11-2024 04:31 PM
Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.

harap keledek2 dapat terima perjanjian ini. dah tak mengamuk maki hamun satu kampung

sekarang kita tunggu dan lihat. attah masih lagi ngadu2 pada keledek nya... yg konon tak dapat jumpa fatimah, rindu fatimah.

dan yang penting....how often he really going to meet fatima in a month. #justwait&see








Quote pocongkiutss 12-11-2024 05:11 PM
kurungpahang replied at 12-11-2024 04:31 PM
Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.


Diorg iols rasa oke je..yg tak oke ialah keledek & keladians
Quote Nnasda53 12-11-2024 05:12 PM
hmmlantakko replied at 12-11-2024 04:29 PM
move on tapi nampak makin cekung muka tu. makan hati tak sangka diceraikan juger

Biasala tembam karang kata bahagia sangat si fazzy tu.
Cengkung di katakan makan hati.
Benda macam gini mmg ambil masa tapi terpulang pada empunya diri nak uruskan sendiri rasa tu.

Quote Nnasda53 12-11-2024 05:14 PM
kurungpahang replied at 12-11-2024 04:31 PM
Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.

Masa melawat 3kali seminggu tu terpulang pada Fattah la dia nak macam mana.
Pandai2 la dia uruskan hak untuk dia dah dapat uruskan je la masa tu baik2.
Jangan bg alasan sibuk buat2 sedih pula nanti.
Kalau hak di cabuli buat je perintah melanggar mahkamah.
Sebab tu perlu ada rekod perintah mahakamah demi kebaikan si anak dan semua.
Quote hanihan16 12-11-2024 05:14 PM
i rasa sejuk ati sikit bila tgk diorg masih follow each other kat sosmed, gambar2 & video2 lama pun takde delete, elok je ada lagi. harapnya terus kekal begitulah even ada jumpa pengganti. and hopefully pengganti pun tak jeles2 sibuk suruh unfollow & delete
Quote kurungpahang 12-11-2024 05:16 PM
pocongkiutss replied at 12-11-2024 05:11 PM
Diorg iols rasa oke je..yg tak oke ialah keledek & keladians

kalau tak ok mesti bamtah akan buat bantahan kat court kan...

harap semua ok ok je..iols boleh dah move on sepenuhnya..moga itu yg terbaik utk couple yg iols pernah syg dan pernah jumpa ni..
jodoh diorg sampai takat ni je..dgn sorg anak yg kena jaga baik baik..tak nak gaduh gaduh berebut anak.
jadilah mcm nora-ned dan psgn artis bercerai yg lain..yg aman dan toleransi dlm menjaga kebajikan ank..
fans pun sama sama move on dan biarlah bamtah kakafaz bawa haluan dan bahagia dgn pilihan hidup masing masing..
ameen

Quote mrsLucky 12-11-2024 05:21 PM
Okay lah i am happy..semoga sama2 membesarkan Fatima dengan baik..
Quote JunkMail 12-11-2024 05:23 PM
Diorang ok je aku tengok tapi acik acik yang berantakan dan tersakiti masing-masing nya... Aneh betul.. org yang bercerai aman aman jaaa tapi fanatik² yang menggila..

Quote L.U.S.M 12-11-2024 05:28 PM
kurungpahang replied at 12-11-2024 04:31 PM
Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.


Ada tersilap kiraan ni..
1bln 4minggu..
So 2kali sebulan jela yg 6hari tu
Lg 2minggu cuma 3hari je..tiada bermalam
Quote emera 12-11-2024 05:30 PM
Byk juga masa dia dpt. Kalu keluar lg posting rindu anak ke hape, hempuk je jantan ni.
Quote MidoriHijau 12-11-2024 05:36 PM
Ada sesiapa kenal lawyer ni? Katanya peminat kakafaz. 2 kali minta nak bergambar
Quote fossil 12-11-2024 05:38 PM
kurungpahang replied at 12-11-2024 04:31 PM
Alhamdulillah selesai..
Moga bamtah kakafaz dpt co-parenting fatima dgn baik dan bertoleransi.

alhamdulillah...semoga yang baik2 dan terbaik utk fatima, faz n fattah
Quote fossil 12-11-2024 05:40 PM
MatDeghem replied at 12-11-2024 05:00 PM
harap keledek2 dapat terima perjanjian ini. dah tak mengamuk maki hamun satu kampung

sekara ...

attah job sana sini full hingga feb 2025..harap ada masa jumpa fatima dan up video kan..kalau tak kledeks kata faz yg tak bagi jumpa..
Quote fossil 12-11-2024 05:44 PM
MidoriHijau replied at 12-11-2024 05:36 PM
Ada sesiapa kenal lawyer ni? Katanya peminat kakafaz. 2 kali minta nak bergambar

ehhh....ehhhhh...ni lawyer yg explain pasal hadanah tadi kan?? lawyer attah ni

adoiii  habis lah job dia dgn attah...takkan nak hire loyer minat ex pulak..tapi ramai betul ya
lawyers pakat2 tarik faz nak bergambar. depa sepatutnya benci faz atau!!!!
Quote nottyyuni 12-11-2024 05:50 PM
fossil replied at 12-11-2024 05:44 PM
ehhh....ehhhhh...ni lawyer yg explain pasal hadanah tadi kan?? lawyer attah ni  

adoi ...

Mesti diorg dah tau seshuatu..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.142976 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top