CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tunai umrah guna duit Perkeso? Semoga Allah SWT ampunkan dosa awak ya, fitnah luar biasa ini" - Shuib

12-11-2024 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38766| Komen: 68

 


Pelawak dan usahawan Shuib terkilan apabila seorang individu mendakwa kos perbelanjaan ibadah umrahnya baru-baru ini menggunakan duit caruman pekerja yang sepatutnya dibayar kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, berkata, tuduhan itu tidak berasas selain disifatkan sebagai fitnah luar biasa terhadap dirinyanya.

“Masya-Allah saudara, jauh sangat ini (tuduhan) duit untuk umrah menggunakan wang caruman Perkeso.

“Semoga Allah SWT ampunkan dosa awak ya, fitnah luar biasa ini,” katanya.

Shuib berkata demikian bagi membalas dakwaan seorang netizen dalam ruangan komen sebuah hantaran Instagramnya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian HibGlam, komen tersebut sudah dipadam individu berkenaan.

Difahamkan, komen sebegitu tercetus susulan Shuib dikenakan tindakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.


Tidak cukup difitnah, ada juga individu menyarankan agar Shuib mengetengahkan isu berkaitan majikan yang tidak membayar Perkeso bagi pihak pekerja dalam podcastnya, Dol Podcast.

Menyedari komen tersebut, Shuib turut membalas dan memberitahu idea yang dicadangkan itu boleh dipertimbangkan.

“Salam, idea yang menarik. Boleh dipertimbangkan, insya-Allah,” balasnya.

Semalam, syarikat pengeluaran air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) didenda keseluruhan RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Majistret Ameera Mastura Khamis menjatuhi hukuman itu selepas syarikat tersebut sebagai Orang kena Saman (OKS) yang diwakili dua pengarahnya iaitu Shahmira Muhamad, 40, atau lebih dikenali Shuib dan Koh Choon Guan, 33 mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Selain itu, syarikat berkenaan juga dibenarkan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada Perkeso.

Menyedari khilafnya, Shuib menyifatkan tindakan undang-undang terhadap pihaknya sebagai pengajaran agar tidak terlepas pandang perkara penting membabitkan kebajikan pekerja. 

SUMBER:  – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikHasanah 12-11-2024 07:04 PM
Muka buruk ok.
Hati buruk tak ok.
Quote cantthinkofany 12-11-2024 07:40 PM
boleh ek kata terlepas pandang....
Quote MisXoXo 12-11-2024 08:08 PM
Bayo cpt shuib.lps tu jdkan pengajaran.apapun ko teruskan ajalah idup dlm acuan ko asalkan diredai.nk puaskan hati semua mmg xdapek..makanya kalau kena cerca di porum ke memana ke abaikan aja dn buat ajalah ikut landasanNya.
Quote scarflicious 12-11-2024 08:10 PM
Benda wajib tu dulu kan lah!.
Quote Hoola 12-11-2024 08:28 PM
Edited by Hoola at 12-11-2024 08:30 PM

aplg la mat oiii
nikmt aplg yg nk dodstakan!????

dh byq ke blum???
just shut up n pay!!!!!!
-netijem
Quote opie5662 12-11-2024 09:21 PM
Ya ampunnn…dia la yg terpaling difitnah dlm dunia ni. Xde org lain lg yg difitnah seteruk dia
Quote asfaz 12-11-2024 09:25 PM
CikHasanah replied at 12-11-2024 07:04 PM
Muka buruk ok.
Hati buruk tak ok.

Berani cik senah kata muka buruk???
Quote makadek 12-11-2024 09:27 PM
cam taik kering
Quote FlexyFox 12-11-2024 10:50 PM
Setahu I lah kan... kalau kita nak menunaikan umrah atau haji, kita kena selesaikan hutang piutang dulu.
Quote MistrezHermanaz 12-11-2024 11:54 PM
Bayar je la kwsp staff tu dulu, selagi ko x bayar selagi tu la netz berbunyi
Quote edoraixora 13-11-2024 12:02 AM
Setel lah benda2 yg wajib dulu ib...
Itu hak pekerja, dikira berhutang selagi tak bayar
Quote jihah_kudat 13-11-2024 12:32 AM
FlexyFox replied at 12-11-2024 02:50 PM
Setahu I lah kan... kalau kita nak menunaikan umrah atau haji, kita kena selesaikan hutang piutang d ...

seharusnye begitu..tapi mazhab org melayu kita ni pi umrah haji dulu nanti insyallah ada rezeki masuk buat bayar hutang..
Quote FlexyFox 13-11-2024 12:39 AM
jihah_kudat replied at 13-11-2024 12:32 AM
seharusnye begitu..tapi mazhab org melayu kita ni pi umrah haji dulu nanti insyallah ada rezeki ma ...

Tu pasal tiada keberkatan. Cam org di atas tu.. cemana blh gi umrah kalau hak pekerja tak dibayar, ibarat berhutang la tu. Aku tgk artis2 ni suka sangat menunjuk2 buat perkara baik tapi hakikatnya entah apa2. Buat ibadat heboh,  berzikir pun heboh padahal amal ibadat kerana Allah hanya untuk Allah jadi tak elok heboh2.
Quote jihah_kudat 13-11-2024 12:43 AM
FlexyFox replied at 12-11-2024 04:39 PM
Tu pasal tiada keberkatan. Cam org di atas tu.. cemana blh gi umrah kalau hak pekerja tak dibayar, ...

tak berkat la..tu yg baru balik umrah je terus jatuh denda back to back kena kecam tapi tetap la cakap org fitnah padahal diri sendiri punca..yes memang ada retis beria-ria tunjuk berhijrah macam buruk sangat industri seni tapi hujung2 ko cari balik makan kat tempat yg sama..
Quote FlexyFox 13-11-2024 12:51 AM
jihah_kudat replied at 13-11-2024 12:43 AM
tak berkat la..tu yg baru balik umrah je terus jatuh denda back to back kena kecam tapi tetap la c ...

Kan...
Quote BicaraHatiku 13-11-2024 03:55 AM
Malu la wey..tayang kereta berbijik pastu..life style ke hulu hilir manakala perkeso ansuran!

Dosa org cepat..dosa ko tindas staff x bayor perkeso bagai.cerita sket lah baiii....
Quote penmerah 13-11-2024 04:22 AM
Benci tengok muka mamat nih
Moga cepat dapat balasan merasa kurma ye
Quote Acik2kepam 13-11-2024 08:01 AM
Malas nak kata apa
Dulu acik2 F akan bersatu jer
Tp skrg tiba dah ada enabler plak
Org yg sama gak jenis yg selalu sokom org2 yg kepelikang tanpa batasang.
Quote Ai_kiu 13-11-2024 08:14 AM
Certain org mudah je nafikan dia buat salah & dosa asal bukan mkn babihhhh

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079736 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top