Lima tahun bersara sementara dari dunia lakonan tempatan, pelakon Izara Aishah mengumumkan dia akan tampil dalam projek terbaharu sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan tahun hadapan. Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham,32, berkata dia berasa gugup untuk kembali berlakon kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera. "Saya akan jalani penggambaran bermula November ini dan drama itu akan ditayangkan pada Ramadan tahun hadapan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula." Difahamkan, Izara bakal bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Amir Ahnaf, Puteri Balqis dan juga Fattah Amin.
"Dalam drama itu, Amir Ahnaf menjadi hero. Saya dan Fattah Amin sebagai hero dan heroin kedua." "Fattah Amin adik beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama tu. Fattah sebagai abang ipar saya." Terdahulu, Izara memaklumkan dia ingin berehat seketika dari industri hiburan tempatan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada November 2017 dan perkahwinan mereka berdua diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata. SUMBER: – Beautifulnara |
sangbara2020 replied at 13-11-2024 11:08 AM
selalu come back ni sbb mslh umh tga...kaannn...
mrsLucky replied at 13-11-2024 01:09 AM
hari tu my wish nak tengok Fattah dengan Izara berlakon bersama...akhirnya termakbul..
both good loo ...
Kurex replied at 13-11-2024 08:35 PM
sebelum ni pun deols dah berlakon.. cerita Cik Siti.
apedehal replied at 13-11-2024 08:40 PM
Suka izara blakon dgn zamarul..cite apentah tu lupa dah
Perawankota replied at 13-11-2024 08:16 PM
Tapi dia klu bercakap dalam drama, bunyi tak sedap…
ADVERTISEMENT