CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Nak dapat 20 tempahan bilik pun sakit lepas kes penyanyi Kelantan’ - Pengarah Urusan Genting Hotel Sungai Golok

13-11-2024 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10865| Komen: 24

 


SUNGAI GOLOK, THAILAND – Tempahan bilik di Genting Hotel di sini jatuh merudum sehingga 80 peratus selepas seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan dan lima individu ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di hotel berkenaan pada 1 November lalu.

Pengarah Urusan Genting Hotel, Sompoch Hongkittiyanonta berkata, sebelum ini, tempahan 230 bilik bagi tiga kategori di hotelnya penuh terutama pada Jumaat dan Sabtu.

Bagaimanapun, tempahan bilik di hotel bertaraf tiga bintang itu hanya mencecah 15 hingga 20 unit selepas tangkapan membabitkan enam rakyat Malaysia tersebut.

“Sebelum ini, hotel kami memang menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan yang datang bercuti di Sungai Golok.

“Selepas kes penahanan enam rakyat Malaysia, semua jadi takut untuk menginap di sini.

“Pada hari biasa, 50 hingga 60 buah bilik ditempah rakyat Malaysia di Genting Hotel. Pada hari minggu, tempahan bilik di sembilan tingkat hotel ini pasti penuh.


“Sekarang mahu dapat 20 tempahan bilik pun sakit. Hari ini (semalam) baru tujuh tempahan bilik dibuat pelanggan sejak pagi hingga lewat petang,” katanya ketika ditemui di hotel berkenaan semalam.

Sompoch mengakui perniagaan Genting Hotel yang kini berusia 30 tahun bergantung penuh kepada pelanggan dari Malaysia.

Jelasnya, penahanan enam individu berhubung kes dadah di hotel itu pada 1 November lalu ternyata menjejaskan reputasi dan perniagaan Genting Hotel.

“Kita memang melarang pelanggan yang datang menginap di sini melakukan sebarang jenayah. Sekiranya mereka berada di dalam bilik, itu sudah di luar kawalan pihak kami.

“Jika pihak hotel tahu pelanggan membawa barang salah atau dadah, kita sendiri akan laporkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di Genting Hotel di sini pada 1 November lalu.

Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel tersebut.

Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi tersebut mereka sedang berehat di dalam bilik.

Mereka masuk ke negara jiran itu untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali. 

SUMBER:  – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Weller 13-11-2024 11:50 AM
jadi paham la yang pergi hotel dia tu nak buat. huhuhu



kalau holiday biasa, tak takut.


huhuhu
Quote honam 13-11-2024 11:58 AM
Weller replied at 13-11-2024 11:50 AM
jadi paham la yang pergi hotel dia tu nak buat. huhuhu

kita kena bersangka baik
Quote jazaa100 13-11-2024 12:02 PM
Knp org takut nk check in situ?.....
Apakah dorang anggap penyanyi tu di fitnah...
Quote manopBKK 13-11-2024 12:05 PM
Masing2 dah insaf kot… lepak kat sekolah pondok dah x nak jd musoh islei
Quote nusaraya 13-11-2024 12:07 PM
Woow... Ternyata menjadi peniaga Dadah jauh lebih menarik dan menguntungkan ketimbang menjadi Penyanyi terkenal di Malaysia ..... Hehehehe
Quote chandrahusin 13-11-2024 12:10 PM
masa bagus untuk sesiapa yg nak bercuti di sana
mesti dh tak ramai org
Quote cattiecute 13-11-2024 03:02 PM
nampak sangat sapa yang kesitu confirm bawak benda terlarang
sebab tu takut tu
kalau takat nak p holiday2 takkan berita tangkap tu terkesan sangat
bukan kes orang bunuh diri or apa ke yang takut nak p book situ
Quote tripleid 13-11-2024 03:03 PM
Nmpak sgt yg selama ni ummah sskjp ramai2 masuk Golok sbb nk buat maksiat dgn edar pil kuda..pastu balik Kelantan undi Pas
Quote Skuau 13-11-2024 03:10 PM
tu..la ko..sapa suh polis tangkap....
Quote borne 13-11-2024 06:11 PM
Edited by borne at 13-11-2024 06:13 PM

[youtube]y8Yrv7ieJvo?si=YP8xXpL1pwtlY8cl[/youtube]
https://youtu.be/y8Yrv7ieJvo?si=YP8xXpL1pwtlY8cl

Koho tersohor..

Quote pocongkiutss 13-11-2024 06:18 PM
Weller replied at 13-11-2024 11:50 AM
jadi paham la yang pergi hotel dia tu nak buat. huhuhu



Exactly..mesti port tu
Quote pocongkiutss 13-11-2024 06:55 PM
borne replied at 13-11-2024 06:11 PM
https://youtu.be/y8Yrv7ieJvo?si=YP8xXpL1pwtlY8cl

Koho tersohor..

Dah insap katanya

Elok pulak dia ni tak berapa dikutuk eh kt porem .takde pulak haters obses buat thread bertingkek2 utk analisis dia..padahal dia la paling saiton kalau dh kena tgkp dgn 6k pill tu .si ungka dulu pun idok le bnyk gini
Quote Radzor 13-11-2024 07:15 PM
line tak clear la hotel ni.
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 07:24 PM
suk suk suk tubik masuk
masuk lagi ah! ah! tubik lagi
dap dap dap memey sedap
lamo lamo ah! ah! kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut



[youtube]saDk2tHbO50[/youtube]

http://youtu.be/saDk2tHbO50
Quote syamzana 13-11-2024 07:41 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-11-2024 07:24 PM
suk suk suk tubik masuk
masuk lagi ah! ah! tubik lagi
dap dap dap memey sedap

eh celakanya lirik
sendiri buat double meaning suh org jgn fikir bukan2.
gaya yindon caprut suke nau nyanyi style gini.

padan la byk nau kes seksual
Quote cicicumel 13-11-2024 07:48 PM
Apa kaitannya??? Mcm pelik je
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 08:01 PM
cicicumel replied at 13-11-2024 07:48 PM
Apa kaitannya??? Mcm pelik je

Hotel tu dah panas. Jadi tumpuan utama pihak polis, bila-bila masa jah polis akan serbu mengejut lagi. Nak bersetuboh pun tak senang dibuatnya
Quote Lily_Elizabeth_ 13-11-2024 10:44 PM
Ini lawak! Ha ha.
Quote anony-mous 13-11-2024 11:20 PM
Org kalau xbuat jahat xde apa nk takut duduk hotel tu. Bila dia ckp mcm ni, SAH LA SELAMA NI YG DUK TEMPAH TU BUAT HOTEL NI JD PORT JUAL BELI DADAH

Org lain terus cancel book sbb takut kena raid kan? Yg 20 bilik tu la pelanggan yg jujur x buat jenayah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.225145 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top