BEIJING – Jet pejuang halimunan generasi kelima Russia, Su-57E membuat penampilan sulung pada Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China ke-15, yang bertujuan untuk menarik perhatian peserta dan pembeli antarabangsa, lapor majalah The National Interest. Konglomerat industri ketenteraan milik Russia, Rostec menaruh harapan tinggi pada penampilan Sukhoi Su-57E tersebut, dalam acara yang bermula semalam di luar bandar Zhuhai, wilayah Guangdong. Agensi berita Russia, Tass melaporkan bahawa Su-57E meluncur di langit pada hari pertama ekspo tersebut dan menarik minat ketara daripada peserta pertunjukan udara. Tass ketika memetik Ketua Pegawai Eksekutif Rostec, Sergey Chemezov sebagai berkata: “Su-57 adalah satu-satunya pesawat generasi kelima di seluruh dunia yang telah menunjukkan ciri prestasinya yang luar biasa dalam semua senario pertempuran.
“Jet pejuang itu juga mempunyai daya tahan yang mengagumkan kerana signatur radarnya yang rendah dan sistem pertahanan atas pesawat yang canggih,” tambahnya. Selain Su-57E, sebuah lagi jet pejuang halimunan milik China, J-35 menjadi tumpuan pada acara itu. Ia dilaporkan dibina menggunakan teknologi ketenteraan yang ditiru dari Amerika Syarikat, lapor laman berita EurAsian Times – AGENSI SUMBER: – Kosmo |
gigahertz replied at 13-11-2024 01:09 PM
ni nak beli kena beli banyak. beli 70 biji .
yang guna 60 biji yang lebih utk sparepart.
otai_g replied at 13-11-2024 05:12 AM
Setuju. Aku beli jam tgn dr china. Lps 2 tahun spare part dia da Tade kat market. Tali jam je pun. ...
Skuau replied at 13-11-2024 03:18 PM
1 kg bape rm???
piyek92 replied at 13-11-2024 09:38 PM
mampu ke masalahnya.berapa buah kalau mampu?.Harga jualan pesawat ini ialah sekitar $50 Juta (~RM 21 ...
kotakbaju replied at 13-11-2024 10:47 PM
Jap, apa yang halimunannya
Jet ni time terbang boleh menghilangkan diri ke atau camne ...
kakikuDibibirmu replied at 13-11-2024 10:54 PM
Jet ni tak dapat dikesan dalam radar, know-know ended in Indian Ocean
kotakbaju replied at 13-11-2024 11:03 PM
Cuma tak dapat dikesan dalam radar aje la ye. Hmm okay thanks.
Minyakyuyi replied at 14-11-2024 01:00 AM
Iols ingtkan mcm kapal terbang citer spiderman tu..take off trus halimunan..
Minyakyuyi replied at 14-11-2024 01:00 AM
Iols ingtkan mcm kapal terbang citer spiderman tu..take off trus halimunan..
ADVERTISEMENT