CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peguam didakwa mahu bunuh Shah Rukh Khan ditangkap polis di rumah

13-11-2024 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11230| Komen: 3

 


Seorang peguam yang didakwa membuat ancaman bunuh terhadap bintang Bollywood, Shah Rukh Khan ditangkap polis di kota raya Mumbai, India hari ini, lapor portal berita India Today.

Faizan Khan yang turut menuntut wang tebusan berjumlah 5 juta rupee (RM262,700) daripada Shah Rukh, ditangkap di kediamannya di Raipur, negeri Chhattisgarh.  

Mesej ugutan itu diserahkan pegawai Balai Polis Bandra, Mumbai  pada minggu lalu, susulan kes peras ugut terhadap aktor filem Jawan tersebut. 

Siasatan polis mendapati panggilan ugutan terhadap Shah Rukh dibuat daripada nombor telefon bimbit yang didaftarkan  menggunakan nama Faizan Khan.

Pasukan polis Mumbai melawat Raipur dan memanggil Faizan untuk disoal siasat. 

Peguam itu bagaimanapun memberitahu polis bahawa telefon bimbitnya hilang pada 2 November lalu dan dia telah membuat laporan polis. 


Bercakap kepada pemberita, Faizan juga berkata,  panggilan ugutan yang dibuat dengan menggunakan nombor telefonnya adalah merupakan komplot jahat terhadap dirinya. – AGENSIa

SUMBER:  – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 13-11-2024 04:51 PM
Berani nk bunuh srk
Srk ni level2 old money ni kt sana
Quote nisako 14-11-2024 08:18 AM
bodoh ke ape peguam ni hahaaaa
Quote lasagna 14-11-2024 01:17 PM
org tgh marah ni apa kuar kat mulut tu mmg laju ler..
tapi kalau trsebut smp nk mbunuh, rsenya bkn saje2 nk sebut kann?
lawyer pun perangai gak.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053875 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top