CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar lelaki tingkatan dua meracau lepas hisap vape cedera jatuh bumbung

13-11-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31567| Komen: 18

 


KANGAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera di kaki selepas terjatuh dari bumbung laluan pejalan kaki sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, sebelum kejadian pukul 11 pagi itu, pelajar terbabit dipercayai menghisap vape di dalam kelas pada penghujung waktu rehat.

Beliau berkata, selepas itu pelajar terbabit dipercayai khayal dan bertindak turun dari tingkat satu bangunan sekolah ke bumbung susur gajah.

Menurut Rose Aza, pihak sekolah terpaksa menghubungi anggota polis berikutan pelajar itu menjadi tidak terkawal apabila meracau.

“Pelajar itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kangar bagi menjalani ujian saringan air kencing. Pelajar itu didapati negatif dadah dan keadaannya stabil. Remaja tersebut kemudian dibawa pulang ke rumah oleh warisnya,” katanya hari ini.

Tambahnya, pihak sekolah turut melakukan siasatan dalaman berhubung kes itu dan menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Perlis. 



SUMBER:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 10:32 PM
Sudah melancau bertanya pula
Quote Insomniac 14-11-2024 01:11 AM
Oh ingat positive
Quote manopBKK 14-11-2024 04:36 AM
Maju bersama Isley pt2
Quote clueless_gamer 14-11-2024 05:53 AM
vape ni asalna dulu konon nak jadi alternatif gantian rokok untuk perokok mudah berhenti

sekarang yang tak merokok pun ramai dah isap vape ni.. mula dengan konon acah nak style moden sampai dah ada ketagih khayal camnih.. gomen jugak kena subsidi bil pesakit ni nanti, tax dah lah tak dapat kutip nak cover kos tu nanti..
Quote Binodino 14-11-2024 06:47 AM
clueless_gamer: vape ni asalna dulu konon nak  ...

Kerajaan tutup sebelah mata je pasal ni. Yang kerajaan nampak, boleh kutip hasil cukai dari vape. Masa depan anak bangsa hancur melingkup lantak la.

Kalau tak silap kat johor vape diharamkan atas titah sultan. So bila nak haramkan 1 negara pulak?
Quote lightheaded67 14-11-2024 07:21 AM
jahat tak kalau ckp pdn muka? ketulahan ke tew. buat kelaku ngisap vape/rokok dlm kwsn skolah
Quote s@s@ 14-11-2024 08:47 AM
serius la hisap vape sampai meracau.... ntah2 layan gam
org isap gam kalau urin test kantoi x?
Quote bulalof 14-11-2024 09:03 AM
baik meninggal sebab dah besar kebarangkalian tinggi menyusahkan masyarakat.
Quote Kuin-Kepam 14-11-2024 09:08 AM
campor pil kuda ke dekkk....maklong lah kan....hangat lately kan
Quote AJENALI 14-11-2024 09:10 AM
Edited by AJENALI at 14-11-2024 12:16 PM

Isu vape ni i salahkan kerajaan 100%. menjahanamkan negara & masyarakat bende2 ni, x cukup rokok, vape pulak.

Masa awal kemunculan boleh je sekat. semua menteri2, ketua2 pentadbiran, badan2 bisnes. Kedai2 besar waima kecil y berkaitan vape yang pegang segala percentage hasil keuntungan semoga sedar dan cegah la semampunya daripada terlibat dan menyokong.

Untuk ibu bapa yang masih dapat control anak2 mereka daripada terjebak vaping ni, Alhamdulillah dan tahniah.
Kekal kuat semangat dan tegas terus menerus mendidik cara parenting Asia.

Menjaga anak2 zaman sekarang memang mencabar 360 darjah
Quote manehnya 14-11-2024 09:20 AM
meracau pulak

ke halusinasi / high sbb amik substance
Quote Minahkucing 14-11-2024 11:32 AM
Pelik.... vape klo x de substance x de nye nak hayal. Die rse flavour berasap je. Ni mesti campur lain dlm vape tu. Ciss
Quote Sazreena 14-11-2024 02:04 PM
Flavor dia tak kosong eaaa...
Quote gideoncross 14-11-2024 04:59 PM
Mmg x suka yg kuat mrokok & vape, busuk
Quote syamzana 14-11-2024 05:18 PM
vape perisa apa blh koyya sampai meracau camtu??
telan la dgn vape tu skali...tu kot ubat hilang meracau tu. menyusahkan org betul
Quote Skuau 14-11-2024 08:42 PM
Binodino replied at 14-11-2024 06:47 AM
Kerajaan tutup sebelah mata je pasal ni. Yang kerajaan nampak, boleh kutip hasil cukai dari vape. M ...

tada baik la abang kacau kita meniaga..kita pon bayar sama gomen..kasi acikgomen naik gaji maaa....
Quote Skuau 14-11-2024 08:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-11-2024 10:32 PM
Sudah melancau bertanya pula

saiya tada tanya la kaka-abangla SUTU
Quote jfq 14-11-2024 09:13 PM
Boleh pulak hisap vape kat sekolah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top