PETALING JAYA – “Pelancong ingat kau artis sedangkan tengah bergambar prakonvokesyen.” Demikian reaksi pengguna TikTok@nrl_.Izzati apabila dia dan rakan-rakannya ‘diserbu’ pelancong China ketika bergambar di dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Menerusi video berdurasi 26 saat itu, kelihatan sekumpulan pelancong China tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama beberapa pelajar memakai jubah konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang terhibur dengan gelagat pelancong asing tersebut. “Jubah konvo ni bukan hari-hari ada. Jadi, memang peluang keemasan mereka dapat bergambar. Memang Mantap,” tulis Mr.k “Sebenarnya rasa rugi kalau melancong tapi tak ambil gambar dengan orang tempatan. Lagipun jubah tu cantik sangat. Kalau saya pun nak ambik kesempatan bergambar dengan korang,” kata wanyy.
“Pernah bergambar di luar selepas bersanding. Macam ini la juga. Masa tu rasa kau akan terkenal satu hari nanti,” kata @maiii Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima 99,100 jumlah tontonan dan 87,300 tanda suka SUMBER: – KOSMO! ONLINE |