CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duta AS di Kenya, Meg Whitman letak jawatan selepas kemenangan Trump

14-11-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17554| Komen: 1

 


Nairobi (Kenya): Beberapa hari selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), duta besar negara itu ke Kenya telah meletakkan jawatannya, lapor Agensi Anadolu.

"Pada hari ini, saya mengumumkan kepada pasukan saya di Kedutaan AS bahawa saya telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Joe Biden.

"Merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada rakyat Amerika dengan mengukuhkan kerjasama kami dengan Kenya," kata Meg Whitman dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengimbas kembali tempoh perkhidmatannya yang bermula pada 2022, Whitman bercakap tentang usahanya dalam memperkukuh kerjasama perdagangan, keselamatan dan kesihatan antara Kenya dan AS.

"Usaha saya juga membuka pintu bagi lebih banyak syarikat Amerika untuk menjalankan perniagaan di Kenya. Perdagangan, pekerjaan dan pelaburan AS di Kenya berada pada tahap tertinggi dalam sejarah kerana usaha kami," katanya.


Beliau juga menekankan peranan penting Kenya sebagai sekutu utama bukan-NATO pertama di Afrika Sub-Sahara, satu pencapaian besar yang tercapai sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Seperti semua duta besar AS, saya berkhidmat atas permintaan Presiden. Rakyat Amerika telah bersuara dan presiden baharu akan dilantik pada Januari," tambahnya.

Whitman juga menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan hubungan AS-Kenya yang berterusan, dengan mengatakan:

"Saya yakin bahawa kerjasama selama 60 tahun ini akan terus diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada rakyat Amerika dan Kenya."

Sepanjang ketiadaan Whitman, Marc Dillard akan bertindak sebagai kuasa usaha Kedutaan AS semasa peralihan kepimpinan kepada pentadbiran yang akan datang.

Hubungan AS dengan Afrika Sub-Sahara dikatakan terabai semasa pentadbiran pertama Trump, menurut beberapa penganalisis, dalam tahun-tahun yang turut dicalarkan dengan kebocoran kenyataan berbaur perkauman yang dilaporkan daripada Trump, tetapi dinafikan oleh pentadbirannya.


SUMBER:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 14-11-2024 11:14 AM
Sian makcik ni..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043108 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top