Ina Naim tampil menjelaskan ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri pada majlis pernikahannya adalah kerana tertidur. Menerusi sesi langsung di TikTok, Ina ditemani suami, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, berkata, Sallman, 14, juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana takut diserbu media. "Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya. "Dia takut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata ibu ramainya wartawan. "Lepas itu, adik-beradiknya beritahu mungkin dia ke kubur arwah bapanya. Kemudian, Sallman ke masjid dan balik ke rumah. "Saya agak dia merajuk, rupa-rupanya Sallman masuk dalam bilik dan tertidur," kata Ina. Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Sallman tidak merestui pernikahan ibunya apabila wajahnya tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu. Menurut Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media. "Dua anak perempuan saya, wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap," katanya. Dalam sesi langsung sama, Ina kelihatan bahagia berkongsi mengenai Mohd Khairul yang memiliki persamaan dengan arwah suaminya yang juga penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad kerana suka memberi kejutan bunga kepadanya. "Suami rajin beri bunga sama macam arwah suami. Sampai sehari sebelum nikah pun masih beri saya bunga. "Dia turut hadiahkan bunga untuk SS (Suhaimi) untuk diletakkan di kuburnya. "Bunga yang diberikan untuk saya banyak sangat hingga saya terpaksa buang. "Banyak persamaan suami dengan arwah, itu yang buatkan saya rasa Allah Maha Kaya," kata Ina. Ina dan Mohd Khairul berkenalan di media sosial apabila lelaki yang bertugas sebagai jurutera memulakan langkah dengan menghubungi Ina pada Mei lalu. Mohd Khairul berstatus duda kepada dua cahaya mata adalah peminat setia Allahyarham Suhaimi dan sangat mengidolakan cara penyanyi itu mendidik anak-anak dengan ilmu agama. Sementara itu, Ina bergelar balu selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 15 November lalu. SUMBER: – Harian Metro |
Glass_shoes replied at 14-11-2024 08:41 AM
nak seru @kepompong fans no 1 yenna dan grenpa K
bulanbulat replied at 14-11-2024 08:47 AM
Gitu delulu maknya.
Anak sibukkan diri, gi kubur, masuk bilik tidur tgh kenduri, samada anak ko ta ...
Suci_Murni replied at 14-11-2024 09:01 AM
pernah ke dia kisah anak2 dia? yenna spinning ni masa si ss hidup pun... asal dia dapat melantak s ...
bulanbulat replied at 14-11-2024 09:05 AM
Geram..ingat dah siuman balik.
Kenapa i rasa laki engineer pun serupa geng bumi datar. Mintak sim ...
kepompong replied at 14-11-2024 09:11 AM
laki baru yenna memang mengidolakan SS
confirm lah SAMA sebab dia mmg ada marriage failure sampai ...
manehnya replied at 14-11-2024 09:14 AM
so dia jobless ka? cuma ex enginer?
kepompong replied at 14-11-2024 01:12 AM
tiba2 kundur yg kita kutuks selama ni lah yang paling makes sense berbanding adik beradik lain
ADVERTISEMENT