Zagreb: Seorang saintis berusia 50 tahun, Beata Halassy, merawat kanser payudara tahap tiga yang dihidapinya dengan menyuntikkan virus yang dihasilkan di makmal ke dalam tumor tersebut. Halassy, seorang virologis di Universiti Zagreb, Croatia, mengesan kanser payudaranya pada tahun 2020 di tempat sama dia sudah menjalani mastektomi sebelum ini. IndiaToday melaporkan, memandangkan ini adalah kanser berulang, dia memutuskan untuk merawatnya sendiri kerana tidak sanggup menghadapi sesi kemoterapi sekali lagi, menurut laporan di Nature. Kajian kes Halassy diterbitkan dalam jurnal Vaccines yang mendedahkan bahawa virologis itu mula mencuba rawatan yang belum terbukti untuk kanser dengan menggabungkan virus campak dan patogen seperti selesema untuk mencipta suntikan kuat yang menyerang tumor secara langsung dan membantu sistem imun. Selepas rawatan itu, Halassy bebas kanser selama empat tahun.
Vaksin eksperimen yang disuntik sendiri yang dikenali oncolytic virotherapy (OVT) membantunya merawat kanser dihadapinya. OVT adalah bidang rawatan kanser yang sedang berkembang menggunakan virus untuk menyerang sel-sel kanser, kemudian merangsang sistem imun untuk memeranginya. Kebanyakan ujian klinikal OVT dijalankan ke atas kanser tahap lanjut yang sudah merebak. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saintis juga mengarahkan aplikasi rawatan ini kepada kanser tahap awal. Menurut Halassy, virus campak dan virus vesikular stomatitis yang termasuk dalam suntikan itu diketahui mampu menjangkiti jenis sel yang menjadi asal tumor yang dihidapinya. Hasilnya, dia berjaya menggabungkan virus berkenaan dalam dos yang tepat dan menggunakannya untuk merawat dirinya sendiri. Setakat ini, kedua-dua patogen itu sudah digunakan dalam ujian klinikal OVT. Virus campak sudah diuji terhadap kanser payudara yang merebak (metastatik). Menurut laporan itu, Halassy sedang menyokong penggunaan OVT sebagai rawatan utama untuk kanser, berbanding prosedur rawatan semasa seperti pembedahan, kemoterapi, terapi biologi, atau radiasi. Komuniti penyelidikan perubatan nampaknya berbelah bahagi mengenai rawatan sendiri kanser oleh Halassy. Bagaimanapun, penulis kajian yang menerbitkan kes Halassy dalam jurnal Vaccines menasihatkan agar tidak mengamalkan rawatan sendiri menggunakan OVT. "Penulis kajian ini yang bersifat terasing dan tidak konvensional dengan jelas menyatakan rawatan sendiri dengan virus oncolytic tidak sepatutnya menjadi pendekatan pertama dalam mengatasi kanser yang telah didiagnosis, tetapi ingin menggalakkan ujian klinikal formal untuk menilai OVT sebagai terapi neoadjuvant ketika kanser tahap awal," tulis mereka. SUMBER: – Harian Metro |
AkokKocik: Agak2, klu kita mintak doktor ...
AkokKocik: Agak2, klu kita mintak doktor buat kat kita rawatan camni...doktor stuju x nak buat??
lasagna replied at 14-11-2024 05:21 AM
waaa.. meaning kajian minah ni berjaya lah kan? sbb dia bebas cancer lama dah. so lepas2 ni, bleh la ...
sk8er replied at 14-11-2024 03:10 AM
Aku pun wonder yg sama...if kena kanser (nauzubillah) ada ke option lain utk kita (selain conventio ...
gigahertz replied at 15-11-2024 12:01 AM
susah nak kata berjaya. sebab umur dia pun dah 50.
patogen tu walaupun mampu melawan kanser payuda ...
gigahertz replied at 15-11-2024 12:04 AM
i ada baca somewhere. pencetus kanser payudara ni
salah satu punca adalah deodoran yang di gunakan ...
lasagna replied at 15-11-2024 12:48 AM
oooo susah juga laa nk finalize kan berjaya ke tak ek?
ok faham faham.. kena test kpd org muda laa ...
ADVERTISEMENT