PETALING JAYA – Setiap peniaga pastinya mempunyai sasaran pembeli mereka tersendiri berdasarkan harga jualan yang ditawarkan, namun ia tidak bermakna pengguna lain dilarang untuk meninjau produk tersebut. Terbaharu, tular di media sosial seorang peniaga yang juga pengasas kepada sebuah jenama produk kecantikan dilihat menghalau golongan B40 daripada mengikuti siaran langsung di TikToknya. Kata pengasas tersebut, sesi siaran langsung jualannya adalah bagi mereka yang ingin membeli produk dan khusus buat golongan T20. “Yang B40 sila keluar, kalau tiada duit tak payah masuk ‘live’ (siaran langsung),” katanya. Tindakan pengasas tersebut turut mendapat kecaman ramai dan rata-ratanya menyifatkan peniaga terbabit sebagai sombong dan lupa diri. “Dia dulu pun bukan kaya. Sekarang Allah bagi rezeki lebih dalam berniaga. Sombong betul siap memperendahkan B40,” kata Jennies.
“Rasanya golongan B40 paling ramai beli dalam ‘live’. T20 lagi suka membeli dalam kedai. Jadinya, jangan nak perasan orang-orang kaya beli produk kau dalam ‘live’ tu, moga bankrap la peniaga macam ini,” ujar Hanisa. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
Kitty_catz replied at 14-11-2024 06:12 PM
ponder sangkak mana ni?
sure fefet gelenyar penuh lendir
Suchi replied at 14-11-2024 09:48 PM
Tiktok tu semua kasta ada
Tp kan yg minta sedekah pun ramai kan
Terutama yg live sambil makan borak ...
makiting replied at 14-11-2024 08:17 PM
Suchi replied at 14-11-2024 09:48 PM
Tiktok tu semua kasta ada
Tp kan yg minta sedekah pun ramai kan
Terutama yg live sambil makan borak ...