CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Allahyarham Tun Daim: Pendakwaan belum dapat keputusan Peguam Negara

14-11-2024 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 48544| Komen: 17



KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan harta belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

Menurut sumber AGC, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diputuskan.

Sumber itu berkata, ia adalah selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam bahawa tindakan seterusnya akan diputuskan TPR setelah perbincangan dilakukan bersama pihak terlibat.

Sementara itu, pada pengurusan kes rayuan Allahyarham Daim di Mahkamah Tinggi hari ini supaya pertuduhan yang dihadapinya dibicarakan bersama isteri, Penolong Kanan Pendaftar memaklumkan alasan penghakiman belum sedia.

Susulan itu, peguam Allahyarham memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan arahan keluarga berkenaan rayuan tersebut.


Mahkamah menetapkan 15 Januari 2025 untuk pengurusan kes bagi arahan selanjutnya.

Semalam Allahyarham Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat strok di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada pukul 8.21 pagi.

Jenazah Daim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, di sini dengan penghormatan terakhir dihadiri lebih 500 orang termasuk kenalan, keluarga dan pemimpin politik negara.

Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada tertuduh oleh pegawai SPRM.

Harta itu antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad, tujuh kenderaan seperti Jaguar, Mercedes-Benz dan Roll Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Kesalahan dilakukan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 13 Disember 2023.


SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 14-11-2024 06:30 PM
Kata kawasan kubur kl dh penuh..dan dan ada slot pulak..ckp jela kawasan prime utk yg have have je

Btw since when dia dpt gelaran tun ekk

Sbb rasa mcm dari tahun 99 dh org panggil dia tun daim zainuddin
Quote hokeypokey 14-11-2024 07:57 PM
dh meninggal dh pon, bini dia la kena ngadap kes.. anak2 sibuk berebut harta skrg..
Quote FlexyFox 14-11-2024 08:13 PM
Kasihan org2 ultra kaya macam dia ni, sampai mati masalah dunia tak selesai.
Quote makiting 14-11-2024 08:14 PM
Hidup susah

Mati pun susah

Dalam kubur tak tau la macamana

Harap baik2 aje utk arwah
Quote otai_g 14-11-2024 08:34 PM
Ni semua pendakwaan terpilih la. Open secret. 47 Kes pun blh lps Tau. Ko rs apa sebab?
Quote ayahibu85 15-11-2024 01:18 AM
Dendam kesumat merajai sanubari
Quote manopBKK 15-11-2024 01:33 AM
otai_g replied at 14-11-2024 08:34 PM
Ni semua pendakwaan terpilih la. Open secret. 47 Kes pun blh lps Tau. Ko rs apa sebab?


Ex Pegawai kerajaan tak ishtihar harta…. apasal?
Berani kerana benar!
Quote otai_g 15-11-2024 11:03 AM
manopBKK replied at 15-11-2024 01:33 AM
Ex Pegawai kerajaan tak ishtihar harta…. apasal?
Berani kerana benar!

Budak hingusan. Sejak bila undang2 kata ex pegawai kerajaan kena isytihar harta?

Pg balik rumah. Baca buku, belajar. Lps tu br dtg sini bg Komen.
Quote Prickford 15-11-2024 11:12 AM
Sampai tua, sampai sakit ber wheelchair, sampai masuk kubur la, hal mahkamah tak selesai2. Bini nombor dua la nnt ngadap kes yg tak selesai. Si anak Wira Dani tu pon boleh je ke depan dgn tek bini dia tu haha
Quote alesandra 15-11-2024 11:17 AM
Org tu punyalah harta kena sita 7 kereta jaguar,mercedes , 38 ,25 syarikat dan hartanah ada je barua2 x bergaji gigih bergasak kata pertuduhan terpilih,dendam  mcm  tau kes ujung pangkal.ntah2 ada je hak barua2 b40 dlm  tu tapi tula gigih jugak  nak beking
Quote midori888 15-11-2024 01:59 PM
Dia tgh busy menjawab soalan malaikat di alam barzakh....
Quote sayurmayur88 15-11-2024 02:35 PM
marilah sama2 berselawat di hari jumaat yg mulia ini..
solallahu alaa muhammad...
Quote terma2nkondisi2 15-11-2024 06:28 PM
alesandra replied at 15-11-2024 11:17 AM
Org tu punyalah harta kena sita 7 kereta jaguar,mercedes , 38 ,25 syarikat dan hartanah ada je barua ...

yg bodohnya adalah siap "belum dapat keputusan" lagi tu samada nak teruskan pendakwaan atau tak.. teruska je la.. apa masalahnya siap nak tunggu2 lagi ni

anwar ibrahim dan para walanon desak je la supaya diteruskan pendakwaan.. apesal pulak nak tunggu2 lagi
Quote terma2nkondisi2 15-11-2024 06:33 PM
mahathir dah tua mcm dah nak kiok dah sekarang ni pun masih lagi belum ada apa2 pendakwaan

nanti setahun atau dua tahun sblm pru baru la terhegeh2 nak bawa ke mahkamah.. pehtu masa proses perbicaraan menjelang pru baru la sibuk mainkan naratif politik perangi rasuah nak menang undi
Quote xy_daen 15-11-2024 06:34 PM
Pendakwaan terpilih. 47 kes dah ada prima facie boleh lepas sebab geng nak bentuk kerajaan so AG tarik pendakwaan.  Tak geng kalu haruslah kena dakwa dengan AG yang report to you know who! Tatakelola konon!
Quote alesandra 17-11-2024 02:10 PM
terma2nkondisi2 replied at 15-11-2024 06:28 PM
yg bodohnya adalah siap "belum dapat keputusan" lagi tu samada nak teruskan pendakwaan atau tak..  ...

yang jenis ultra bangangnya ...ada je mangkok yg tak paham2 kes klau yg dituduh  dah mati kena revise balik la kesnya.soklan ditanya sehari dua lps org tu meninggal kot.macam mana nak bicarakan  kes org yg dah mati?kenalah ikut prosedure...kenalah revise balik sundal oiiii.sabar jela.gomen rugi kot kaluu kes ni terlepas
Quote mikaopsa 17-11-2024 04:06 PM
Easy to understand, detailed and thorough! I have had many posts. After reading this post of yours! I found it interesting, your post gave me a new perspective! I have many other posts on the same topic, but your post convinced me! uno online

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.217294 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top