KUALA NERUS – Pemilik Warung Pok Nong Celup Tepung yang terkenal dengan ikan celup tepung (ICT), Md. Non Nawang, 68, meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalam otak hari ini. Allahyarham yang mesra dipanggil Pok Nong meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 12 tengah malam. Anaknya, Nur Izzati, 25 berkata, bapanya mengalami demam beberapa hari namun sempat menghadiri majlis konvokesyen adik bongsunya, Nor Arissyah, 24, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Selasa lalu. Dia berkata, ayahnya amat gembira dan teruja meraikan Nor Arissya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan (Kepujian) menerima skrol.
“Begitupun, sewaktu perarakan akademik sedang berlangsung pada kelmarin (Selasa), ayah (Pok Nong) tiba-tiba rebah sebelum pasukan perubatan UniSZA segera memberikan bantuan kecemasan sebelum kami menghantarnya ke Hospital Sultan Zainal Abidin di sini. “Ayah selepas itu dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut sebelum ditidurkan dan menjalani pembedahan ekoran darah beku dalam kepala,namun Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Dia berkata, jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Gong Awang Lib, Mengabang Telipot di sini pada pukul 11 pagi ini. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 07:20 PM
Minggu ini banyak orang mati
sayurmayur88 replied at 15-11-2024 09:04 AM
ohhh.. al fatihah.. memang famous ke warung ni ???
ADVERTISEMENT