CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat bising punca puluhan askar belasah kumpulan ‘mat motor’, seorang warga emas maut

15-11-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44136| Komen: 10

 


JAKARTA – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto menyatakan bahawa teguran kepada kumpulan lelaki bermotosikal yang membuat bising menjadi punca pergaduhan antara berpuluh-puluh askar dengan penduduk sebuah kampung di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara. 

Laman berita Merdeka melaporkan, dalam kejadian pada malam Jumaat lalu, seorang warga emas terbunuh, manakala lapan penduduk Kampung Selamat mengalami kecederaan.

Menurut Agus, kejadian itu bermula apabila beberapa anggota TNI menegur sekumpulan ‘mat motor’ kerana mengganggu penduduk setempat dengan membuat bising di atas jalan.

“Anggota kami menegur dan mereka (kumpulan bermotosikal) enggan menerima teguran itu. Mereka bertengkar dan ia berlanjutan menjadi pergaduhan beramai-ramai,” ujarnya.

Beberapa media Indonesia sebelum itu melaporkan, mangsa yang meninggal dunia, Raden, tidak terlibat dalam pergaduhan tersebut.


Ketua masyarakat setempat, Binawanti berkata, Raden keluar dari rumah kerana bimbang cucunya terlibat dalam pergaduhan tersebut sebelum dia dibelasah.

“Belum pun sempat Raden menemui cucunya, askar-askar tersebut memukulnya secara membuta tuli. Bahkan, ada seorang penduduk yang cuba membantu Raden turut dibelasah. 

“Dia dibawa ke klinik terdekat, namun kemudian disahkan meninggal dunia,” kata Binawanti kepada laman berita Tribunnews.

Sementara itu, Komander Pusat Polis Tentera TNI,  Mejar Jeneral Yusri Nuryanto berkata, setakat ini, seramai 45 anggotanya telah ditahan berhubung insiden tersebut.

Tambahnya, kesemua mereka akan disoal siasat bagi menentukan siapa yang terlibat dalam kes tersebut. – AGENSI 


SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cattiecute 15-11-2024 09:13 AM
ingat ke kat mesia je ada sampah masyarakat rempit ni
rupanya indon pun sama
memang serumpun betul
Quote sayurmayur88 15-11-2024 02:31 PM
bising sgt sampai mengganggu orang awam kot??
Quote shernazz 15-11-2024 03:21 PM
Bising tau...bingit telinga
Elok polis preng preng dengan ekzos di telinga mat rempit ni...
Quote kepompong 15-11-2024 04:12 PM
shernazz replied at 15-11-2024 03:21 PM
Bising tau...bingit telinga
Elok polis preng preng dengan ekzos di telinga mat rempit ni...

sensitif tau preng preng nak panggil polis
Quote Skuau 15-11-2024 04:15 PM
shernazz replied at 15-11-2024 03:21 PM
Bising tau...bingit telinga
Elok polis preng preng dengan ekzos di telinga mat rempit ni...

kan ada dh kena dakwa kt Msia ni sb langgar budok preng2 motor...khabarnya...
Quote lilacomot 15-11-2024 04:27 PM
yg askar tu awat p blasah rentua tu...xkn xleh beza rentua ngn mat moto..
Quote shernazz 15-11-2024 05:34 PM
kepompong replied at 15-11-2024 04:12 PM
sensitif tau preng preng nak panggil polis

Hahaha
Baru teringat ada kes kan..
Tapi masa komen tu iols teringat video polis preng2 kat budak rempit ni..kat balai..
Quote shernazz 15-11-2024 05:35 PM
Skuau replied at 15-11-2024 04:15 PM
kan ada dh kena dakwa kt Msia ni sb langgar budok preng2 motor...khabarnya...

Ye..iols baru teringat bila.baca komen kaka kepompong di atas
Hahaha..
Tp selayaknya kalau ekzos bingit ni..balas dgn letak dia kat ekzos tu biar dia rasa...
Jangan le.langgor plak..haha
Quote miss_white 15-11-2024 06:12 PM
Geng RXZ pun sama preng preng preng bwk motor
Memekak kt jln raya mengalah kn mat rempit
Bini2 dorg ni xmalu ke laki main motor join event bodoh rxz tu
Quote clueless_gamer 17-11-2024 04:17 PM
yg ni diorang tak klaim ke budaya leluhur dari sana.. ambiklah semua ye

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.028858 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top