CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM140,000 lesap, warga emas ditipu bomoh halau hantu

15-11-2024 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 46377| Komen: 6



JAKARTA – Seorang warga emas di Jakarta Utara mengalami kerugian sebanyak 500 juta rupiah (RM140,000) selepas mendapatkan khidmat bomoh untuk membantunya menghalau hantu, lapor laman berita Kompas semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai B, 66, sebelum itu diberitahu bahawa rumahnya mempunyai hantu yang mengekorinya.

Ia didakwa berpunca daripada tindakan mangsa yang memijak darah di sebatang jalan.

“Mangsa ditakut-takutkan dan salah seorang daripada suspek memberitahu bahawa terdapat hantu di rumah mangsa,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Komisioner Besar Polis Ade Ary Syam Indradi.

Terdapat empat suspek dalam kes itu iaitu tiga wanita dan seorang lelaki.

“Mangsa diberitahu bahawa disebabkan tindakannya yang memijak darah di persimpangan, hantu itu mahu mengambil anaknya. Ia membuatkan mangsa ketakutan,” tambah Ade.


Menurut Ade, mangsa kemudian diminta datang ke sebuah rumah dengan membawa barangan kemas dan wang tunai untuk menjalani ritual menghalau hantu.

Tambahnya, selepas menyerahkan kedua-dua barangan itu, mangsa pulang ke rumahnya untuk membawa barangan lain bagi digunakan dalam ritual.

Namun, apabila dia kembali sekali lagi, suspek memberitahu bahawa ritual tersebut dibatalkan dan mereka menukar emas serta wang tunai kepada barangan lain.

“Mereka memberikan botol air dan tiga bungkus garam kepada mangsa. 

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak 500 juta rupiah dan melaporkan perkara itu kepada polis,” kata Ade. – AGENSI 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 15-11-2024 11:34 AM
kasihan.. mudah terpedaya
Quote dua_chzy 15-11-2024 12:14 PM
Nenek2, atuk2 gini kan memang mudah kena paw.

Quote dua_chzy 15-11-2024 12:15 PM
Kezen2 aku pun paw nenek sindri puluh ribu. Pinjam kunun, tapi tak mau bayar. Pft.
Quote dua_chzy 15-11-2024 12:16 PM
Pinjam @ kena tipu la tu. Sebab janji bayar tapi tak bayar.

Sapa pernah kena gini, korang panggil ja jahanam tu scammer ok.
Quote Nnasda53 15-11-2024 12:25 PM
Hurmmm nak halau hantu last2 yang nak menghalau tu rupanya hantu.
Sial punya hantu.
Quote sayurmayur88 15-11-2024 02:31 PM
perniagaan yg menguntungkan adalah perniagaan berasaskan mistik dan agama...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052676 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top