CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Food rugi empat suku berturut-turut akibat boikot

15-11-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 48254| Komen: 75

 


KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan kerugian suku keempat berturut-turut apabila gerakan boikot anti Israel terus menjejaskan kumpulan itu, yang mengendalikan rangkaian kopi Starbucks di Malaysia.

Ia mencatatkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2024, berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya, yang berpunca oleh impak berpanjangan daripada sentimen berterusan berhubung konflik Asia Barat.

Pendapatan bagi suku itu merosot lebih separuh kepada RM124.19 juta daripada RM278.53 juta, kata Berjaya Food dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Tiada dividen diisytiharkan untuk suku dalam tinjauan.

Berjaya Food berkata, walaupun persekitaran makro keseluruhan masih mencabar, ia telah melihat penambahbaikan positif dalam pelaksanaan inisiatif dan program strategiknya, namun tidak mengulas lanjut .


"Memandang ke hadapan, kami tetap optimis dengan berhati-hati bahawa prestasi operasi akan bertambah baik secara beransur-ansur pada suku akan datang. Pengarah komited untuk mengukuhkan perniagaan teras dan pelaburan kumpulan," katanya.

Selain rangkaian kopi Starbucks di Malaysia dan Brunei, Berjaya Food juga mengendalikan rangkaian Kenny Rogers Roasters (KRR) di Malaysia, serta jenama kafe bakeri Paris Baguette di negara ini di Filipina.


SUMBER: – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 15-11-2024 09:00 AM
Bila tiba masanya.....
Quote Sazreena 15-11-2024 09:03 AM
Alaaahh sebelum ni pun dah santak untung ennn...rugi sket pun nak bunyikk..kabel tethap padu...takde pun anak beranak ko kena gadai umah ke, buat 3, 4 keje ke...benda leh pk..
Quote Tinot7 15-11-2024 09:53 AM
Org boikot kenny rogers sekali ka
Quote Nurdianah 15-11-2024 09:56 AM
Dah tak berbaloi kopi rega maha tel aviv

IMG_8588.gif
Quote Nnasda53 15-11-2024 09:57 AM
Lama2 nanti ok la tu.
Quote ctaz 15-11-2024 09:57 AM
dah kayo dah......
kayo nak mampoih dahhhhh....
baru setahun 2 ni jer rugi nyer.....
tiba lak kecoh mcm tiap2 tahun rugi....



puiiiiii.......
Quote missyL 15-11-2024 09:59 AM
Klo stabux tutup teros pn x terkesan pn kaya dieorg nie
Quote mizruncing 15-11-2024 10:04 AM
ctaz replied at 15-11-2024 01:57 AM
dah kayo dah......
kayo nak mampoih dahhhhh....
baru setahun 2 ni jer rugi nyer.....

tau xpe. rugi dia pon still mampu private jet ke sana sini ngan family semua. dlm bank still berbillion2 lagi
Quote azimodin 15-11-2024 10:13 AM
Apa la sangat bisnes f&b dia kalau nak dibandingkan dengan bisnes lain pakcik tan ni. Kat rumah aku ni kenny rogers dah tutup, starbuck dah berganti chagee
Quote reenz013 15-11-2024 10:42 AM
dgr kata dia bukak kt negara lain pulak
Quote supernaturalee 15-11-2024 10:56 AM
dh rugi2 pun xde la nk promo mur2 ke


Quote espri6006 15-11-2024 10:59 AM
adakah Berjaya sompo juga termasuk dalam Berjaya Group?
Quote ifanonline 15-11-2024 11:02 AM
Berjaya Group ni income dia yg terbesar adalah hasil dari judi, arak dan babi
Quote alesandra 15-11-2024 11:04 AM
Jollibean tu menatang apa pulak? ingatkan jollibee
Quote Prickford 15-11-2024 11:14 AM
Tinot7 replied at 15-11-2024 01:53 AM
Org boikot kenny rogers sekali ka

Tak seboikot Starbucks tapi dah tak best. Sedapnya Kenny Rogers masa 90's tak sama langsung dgn sekarang.

Quote black_handbag 15-11-2024 11:22 AM
stabak bukan sedap pun. byk lagi cafelocal yang sedap dengan harga lebih murah
Quote sapeka 15-11-2024 11:24 AM
Rugi pun masih kaya raya
No big deal
Buka je bisnes lain
Quote miss_white 15-11-2024 11:47 AM
Edited by miss_white at 15-11-2024 04:51 AM

Kemain dia  menganjing rakyat malaysia
ckp tak takut kena boikot
Dia ckp rakyat malaysia punya  boikot hangat2 tahi ayam
Dia Cabar boikot umobile oii
Apa lg rakyat malaysia sila sahut cabaran dia
Musibat main cabar2 pulak ko
Ko dh nyanyuk ke apa nk bergaduh dgn rakyat


Quote Tinot7 15-11-2024 12:05 PM
Prickford replied at 15-11-2024 11:14 AM
Tak seboikot Starbucks tapi dah tak best. Sedapnya Kenny Rogers masa 90's tak sama langsung dgn se ...

Now byk kedai fastfood lain

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.319405 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top