CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak mesti gagal selamanya’ – Fazura nyanyi lagi kali ini lagu Inggeris dipuji sedap

15-11-2024 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47335| Komen: 30

 


Selepas dikecam hebat gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang, terbaharu selebriti sensasi, Nur Fazura dipuji netizen apabila menyanyikan lagu bahasa Inggeris.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi video nyanyiannya bersama penyanyi Indonesia, Kalya Islamadina yang berjudul Make You Feel Me My Love nyanyian asal Adele.


Nyanyian pelakon filem Pisau Cukur itu berjaya menambat hati netizen yang terpukau dengan kemerduan suaranya mengalunkan lagu bahasa Inggeris.

“Sedap suaranya menyanyi lagu bahasa Inggeris,” komen netizen.

“Mungkin kekuatan Fazura adalah menyanyikan lagu bahasa Inggeris,” komen seorang lagi netizen.

Video tersebut turut mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan selebriti termasuklah Puteri Sarah Liyana, Azza Elite, Dr Malar dan Muhammad Sajat yang meninggalkan emoji hati di ruangan komen.

“Itu sebab saya cakap beri peluang. Gagal sekali tidak semestinya gagal selamanya. Go Faz,” komen pengarah Along Kamaluddin.
Terdahulu minggu lalu video nyanyian Fazura dalam satu program hiburan di Indonesia menjadi tular dan dikecam netizen gara-gara nyanyiannya menerusi lagu Bertahan Demi Cinta. 

 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dealova04 15-11-2024 11:11 AM
tp nyanyian ni autotune kan?
Quote Sazreena 15-11-2024 11:48 AM
Dengan mic yg lebih helok..suara ko pun kedengaran 'clean' and 'clear'. But then again..sampai bila nak bergantung pada teknologi. Ujung-ujung kedengaran juga suara hancur...hancur..hancur akuu...
Quote cikatilia 15-11-2024 04:01 PM
hahahaha tgk komen2 kelakar aje
Quote hokeypokey 15-11-2024 05:03 PM
yeke sedap??? takut nk tekan play
Quote sharlenetexas 15-11-2024 05:20 PM
Boleh duet dengan kelly azman.


Quote Hypothetically 15-11-2024 05:33 PM
I can hear she is the one who goes out of tune between the two harmony.  Clearly lack of quality,  she cant sing professionally, face it.
Quote noor2 15-11-2024 06:07 PM
Boleh la dia buat konsert lepas ni
Quote bublysnowflake 15-11-2024 06:20 PM
hokeypokey replied at 15-11-2024 05:03 PM
yeke sedap??? takut nk tekan play

jgn takut..cuba dengar..sedap
lg sedap kalau sheols xmenyanyi..
agaknya nk hapuskn memori biji rambutan aaritu ..benak benak sheols dah bangga dh tu...sedap katanya
Quote lyshafull 15-11-2024 06:44 PM
Noks autotune kan nie
Quote rosevelvet 15-11-2024 11:19 PM
Ok kami tgu konsert pulak kali ni
Quote supernaturalee 16-11-2024 12:59 AM
Ini sedap???
R U kidding me???

Flat, pitching all over the place, breathing support out

Don't make me sing .....
Quote talia 16-11-2024 02:12 AM
Hypothetically replied at 15-11-2024 05:33 PM
I can hear she is the one who goes out of tune between the two harmony.  Clearly lack of quality,  s ...

I pun perasan benda sama jgk. She tak boleh nyanyi medium to high tone
Quote rainbowrainz 16-11-2024 02:33 AM
Iols hanya mampu senyum sajork.tapi xpelah die dah trykan...
Quote mamajawie 17-11-2024 02:54 AM
Pajero dengan kokspin sila berduet..tapi nanti takut berdesing telinga Damien ve tu kang..
Quote teen_angelJB 17-11-2024 07:28 AM
Suara mesin.. Mmg la ok
I still vote the original voice..
Nyanyi original.. Itula real voice dia
Quote ezacbee 17-11-2024 08:47 AM
hokeypokey replied at 15-11-2024 05:03 PM
yeke sedap??? takut nk tekan play

Kwn aku siap paksa aku dengar.. Suruh teka sapa nyanyi. Clue retis pompuan. Aku teka semua salah. Sekali dia tunjuk video.. Oooo speechless
Quote nylliette 17-11-2024 09:55 AM
live  ke tidakkk
Quote hokeypokey 17-11-2024 11:57 AM
bublysnowflake replied at 15-11-2024 06:20 PM
jgn takut..cuba dengar..sedap
lg sedap kalau sheols xmenyanyi..
agaknya nk hapuskn memori biji  ...

ok jawapannya mesti la tak sedap, nasib baik tak play lagi.. lagu haritu play 5 saat dh berbunyi sumbangnye.. kali ni iols tak sangguppp.. dia telan pokok asam jawa pun takkan sedap punya lah
Quote hokeypokey 17-11-2024 11:58 AM
ezacbee replied at 17-11-2024 08:47 AM
Kwn aku siap paksa aku dengar.. Suruh teka sapa nyanyi. Clue retis pompuan. Aku teka semua salah.  ...

hahahahaha lahanat punya kawan, siap boleh main teka lagu teka retis.. tak pasal2 kena hayati suara sumbang demi nk jawap soalan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.238190 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top