PETALING JAYA – Orang ramai melahirkan rasa bimbang apabila ‘trend’ melompat di hadapan kereta dengan sengaja bagi mendapatkan ‘wang pampasan’ semakin berleluasa. Terbaharu, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang lelaki tiba-tiba melompat di hadapan sebuah kereta di Jalan Duta. Bagaimanapun, pemilik rakaman berkenaan sempat mengelak daripada melanggar lelaki tersebut. Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna bimbang sekiranya kejadian tersebut menimpa mereka. “Budaya ‘claim insurance’ makin menjadi-jadi dah ini kalau silap langkah, nyawa dia melayang dengan tuan kereta masuk gaung,” kata mhmmdhsm. “Gila nak mati ke apa ni? Memang menempah maut,” kata Captain. “Risaunya kalau kena macam ini lepas itu dalam kereta tak ada ‘dash cam’,” kata Nur. “Ini semakin berleluasa. Saya harap PDRM lakukan sesuatu!,” kata Kammo.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
syamzana replied at 16-11-2024 08:05 AM
jmp driver kental mau dilanggar je org mcm ni smpai penyek. bodoh melampau org skrg ni
imanjannah replied at 16-11-2024 11:51 AM
budaya berak merata pun sikit lagi penuh taik kat Malaysia ni.. masuk x balik2, kat airport call aje ...
ADVERTISEMENT