CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas menang lawan Mike Tyson, Giliran McGregor pula dicabar Jake Paul

18-11-2024 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30044| Komen: 2

 


TEXAS – Selepas melakar kemenangan ke atas Mike Tyson kelmarin, Jake Paul kini mengalihkan perhatian kepada Conor McGregor selepas mencabar bintang bela diri campuran (MMA) itu untuk bertarung dalam perlawanan tanpa kelas had berat badan.

Paul, 27, mencabar McGregor menerusi satu hantaran di platform media sosial X dan berharap jaguh dari Ireland itu ‘menyambut’ tawaran tersebut untuk bertarung dalam kategori MMA.

“Saya tahu awak beritahu pasukan saya yang awak akan berlawan dengan saya untuk kategori 170lbs (berat badan 77 kilogram). Itu tidak akan berlaku. Tapi mari kita buat perlawanan MMA tanpa kelas berat. Seperti dulu. Tapi awak takkan berani,” kata Paul.

Paul sebelum ini pernah mencabar Presiden UFC, Dana White untuk mengatur satu perlawanan dalam gelanggang octagon menentang McGregor pada t2022, namun ia tidak menjadi kenyataan.

“Ya, (McGregor) takkan berhadapan saya. Lihat bagaimana dia bergelut dengan Nate (Diaz) yang bagi saya mudah saja. Ia seperti satu sesi ‘sparring’ untuk mengalahkan Nate. Dia tidak akan berhadapan dengan saya, itu takkan pernah berlaku,” tambah Paul.

Selepas kemenangan ke atas Tyson, Paul turut mendedahkan mengenai kemungkinan akan berhadapan dengan Gervonta Davis dan Canelo Alvarez pada perlawanan seterusnya.

Paul juga berbangga apabila pertarungannya dengan Tyson memberikan impak besar di seluruh dunia dengan mencatat sejarah baharu apabila 60 juta isi rumah menyaksikan perlawanan tersebut menerusi gergasi penstriman Netflix.

Menurut Netflix, perlawanan tersebut menjadi salah satu acara paling banyak ditonton di platform mereka. – AGENSI

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 20-11-2024 02:20 AM
Netflix pun dia ni boleh beli.  Asal dulu wat prank bodoh je kat Youtube..
Quote clueless_gamer 20-11-2024 04:00 AM
aku rasa benda ni bookie game je sebenarya.. just a new player in the room

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.037011 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top