CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Simple' nak urus kelab, ada RM10, belanja RM7 - TMJ

18-11-2024 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30329| Komen: 20

 
  


Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menempelak sesetengah pasukan yang berbelanja tidak 'mengukur badan sendiri' dan terlalu boros.

Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, kebanyakan pasukan tidak bijak dalam berbelanja, sekali gus berdepan masalah tunggakan gaji yang serius.

Menurut baginda, apabila keadaan itu berlaku, pihak pengurusan tidak mahu menyalahkan diri sendiri, sebaliknya menyalahkan pihak lain dan menuduh bola sepak Malaysia gagal.

"Nak urus kelab mudah, ada RM10, belanja RM7. Perbaiki infra sikit, ada sasaran realistik. Ini tidak, semua janji menang piala nak jadi populis.

"Ada RM10, belanja RM15, lepas tu bila gagal bayar gaji, daripada pihak pengurusan hingga ke penyokong semua salahkan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan pasukan yang juara JDT.


"Semua orang salah kecuali diri sendiri. Bola sepak Malaysia tak gagal, anda yang gagal," kata baginda dalam Instastory miliknya.

Sebelum ini, Tunku Ismail dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers membidas pihak yang menyifatkan bola sepak Malaysia gagal susulan pelbagai isu melanda sukan itu.

Baginda berkata, bola sepak Malaysia tidak gagal sebaliknya diuruskan oleh individu yang tidak layak berada dalam industri bola sepak.


Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-11-2024 11:36 PM
Dari aku kecik smpi dh 40 ni, asik lah dgr pasal kelab bola tak bayar gaji player…
Quote grouper 19-11-2024 12:23 AM
Bukan aritu letak jawatan presiden fam sebab gagal kan..jatuh ranking 3 anak tangga pastu terus resign
Quote Thunderclouds 19-11-2024 06:51 AM
Pada pendapat saya lah, ini hanya sekadar pendapat jer.. Pendapat yang saya bagi ini bukanlah pendapat yang terbaik, mungkin ada pendapat yang lebih baik, saya hanya sekadar memberi pendapat jer.. Macam ni lah.... Mungkin pendapat saya tak sama dengan pendapat orang lain atau tidak sependapat. Tetapi saya berharap pendapat saya boleh diterima.. Walau ini baru pertama kali saya memberi pendapat dan minta maaf kalau saya salah bagi pendapat.. Disini saya ingin memberi pendapat, Pendapat ni bukan memaksa tapi sekadar pendapat sahaja untuk umum. Dan kalau ada yang tersilap dan kasar ke tentang pendapat saya,saya minta maaf dan itu sahaja yang mampu berikan pendapat saya....Begini lah saya punya pendapat.
Quote ezacbee 19-11-2024 07:01 AM
Biasanya klo dapat 10, rembat 7, balance utk kelab.

Quote axl_bach 19-11-2024 07:13 AM
Urus jerlah JDT tu..... Team lain tgu masa nk lingkup pastu mainlah liga dgn JDT2, JDT3, JDT4 sampai JDT14.....

Org suruh buat liga yg ada sistem win2 utk semua, dia buat liga utk kepentingan ego team dia.......
Quote bbalik 19-11-2024 08:08 AM
kalabul malami
Quote green~tea 19-11-2024 08:57 AM
Pergh... terima kasih di atas tips nya
Quote stingerbumpy 19-11-2024 09:17 AM
Tumpang tanya...ini entity yg sama bila dia diberi amanah utk memimpin kesatuan tertinggi bolasepak negara...threw in the towel after only a year in leadership keww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerbumpy 19-11-2024 09:19 AM
Good utk level club sahaja ..kena pimpin bolasepak negara...bila kena kritik kaw kaw...setahun dah quit.....podah....kahkahkahkahkah
Quote nisako 19-11-2024 09:46 AM
ye la
Quote bulalof 19-11-2024 11:28 AM
cerita yg sama....
Quote Sazreena 19-11-2024 02:43 PM
Hati tisu gak jemeka ni...level club boleh la ko mendonia sbb a-z ko yg pegang..and team ko x represent our country as a whole. Hujung-hujung tak leh sentuh coz u know why...
Quote Tinot7 19-11-2024 06:16 PM
Kalau capital besaq membantu jugak, kan?
Quote Firenzza 19-11-2024 06:45 PM
Bola kt msia ni dh x ke mana pun....set2 nusantara mmg kaki bangku, byr mahal pun x reti main wat pe baik buat mcm indon suma player import kokesen at least nmpk juga la bersaing kelayakan piala dunia
Quote anony-mous 19-11-2024 07:32 PM
Ye betul. Tp hat yg rm7 tu la ko sebat. Ko simpan xbg main. Ko offer plak rm20 tp duduk bangku simpnan. Dlu ada berita gaji tertunggak tp x seteruk skrg ni. Sbb smua nk sama level gaji jdt
Quote anony-mous 19-11-2024 07:34 PM
axl_bach replied at 19-11-2024 07:13 AM
Urus jerlah JDT tu..... Team lain tgu masa nk lingkup pastu mainlah liga dgn JDT2, JDT3, JDT4 sampai ...

Agree. Boikot je la kelab2 lain. Gigih plak ada yg nk support lg selangor fc. Xphm aku. Biar je lingkup biar dia syok sdri. By the time jdt pupus, kita support balik bola sepak mlaysia. Selagi jdt ada dgn org selfish mcm ni malas aku nk supprt
Quote fattymah 19-11-2024 07:57 PM
axl_bach replied at 19-11-2024 07:13 AM
Urus jerlah JDT tu..... Team lain tgu masa nk lingkup pastu mainlah liga dgn JDT2, JDT3, JDT4 sampai ...

Ha... Sampai team tak baligh pun boleh tapaw semua
Quote TeropongThaico 19-11-2024 10:49 PM
Sejak ada diarg lg bosan tgk bola mesia
Quote axl_bach 19-11-2024 11:19 PM
anony-mous replied at 19-11-2024 07:34 PM
Agree. Boikot je la kelab2 lain. Gigih plak ada yg nk support lg selangor fc. Xphm aku. Biar je li ...

Itulah, biar liga M pupus dulu then bila semua dah melingkup kita reset balik dgn peratiran yg fair for all.....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.105883 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top