CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanda harga Arif Aiman kini melonjak ke RM2.83juta

18-11-2024 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30246| Komen: 19

 


Kuala Lumpur: Saham bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila nilai pasarannya kini mencecah 600,000 euro (RM2.83 juta).

Tanda harga baharu buat Arif Aiman dikemaskini laman transfermarkt, Jumaat lalu dan jumlah berkenaan meningkat berbanding RM2.6 juta pada Disember tahun lalu.

Peningkatan nilai pasaran pemain berusia 22 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya terutama bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Tanda harga itu meletakkan Arif Aiman sebagai pemain Malaysia kedua termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang memiliki nilai pasaran RM3.8 juta.

Arif Aiman memperagakan prestasi terbaik dalam kancah saingan ACLE musim ini apabila menjaringkan empat gol selepas mengharungi empat perlawanan di peringkat Zon Timur.

Nilai pasaran Arif Aiman dijangka akan melonjak lebih tinggi jika dia terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan di pentas Asia.


Malah, kelibat Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mencadangkan kelab berkenaan menyunting pemain sayap itu.

Arif Aiman menguasai anugerah bola sepak Malaysia apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai, Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik tiga tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2023.


Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-11-2024 10:57 PM
comelnya
Quote Perawankota 18-11-2024 11:35 PM
Berapa monthly salary dia
Quote Thunderclouds 19-11-2024 06:49 AM
Pandai² la urus asset dr sekarang.
Jgn dh tua esk sakit jantung, nk kna dialisis la jadah la kulur kilir buat crowdfund.
Quote mehmet 19-11-2024 07:05 AM
Bujang lagi ke ? Hati2 lah. Artist suka ini.
Quote mehmet 19-11-2024 07:05 AM
Bujang lagi ke ? Hati2 lah. Artist suka ini.
Quote supernaturalee 19-11-2024 08:00 AM
berapa persen agaknya yg btl2 dapat
Quote axl_bach 19-11-2024 08:02 AM
supernaturalee replied at 19-11-2024 08:00 AM
berapa persen agaknya yg btl2 dapat

Ini nilai dlm trnfmkt jer..... Selagi dok melingkup dlm JDT x ada apa....

Mcm org yg ada rumah lah, dok syok sembang rumah dia dh naik harga, tp dia yg duduk dlm rumah tu.... Selagi x jual rumah tu, takat sembang jer lah
Quote cm_vungtau 19-11-2024 09:40 AM
Bagus keluar la dik dari jdt. Kerja oversea ke. Macam tak best aje liga Malaya bila ada JDT. Tak boleh nak ukur kemampuan player tu bagus ke tidak
Quote matseh 19-11-2024 11:51 AM
Next logical step, cari team kat korea atau jepun.
Quote KamikuP 19-11-2024 12:44 PM
Jgn kene sondol ngan artis nanti habis stamina kau dekk
Quote wikedsaikel 19-11-2024 12:44 PM
He’s good tapi sb dia bawah jdt, aku hurmmm jek lah.
Quote wikedsaikel 19-11-2024 12:45 PM
Thunderclouds replied at 19-11-2024 06:49 AM
Pandai² la urus asset dr sekarang.
Jgn dh tua esk sakit jantung, nk kna dialisis la jadah la kulur  ...

Dia ni yg beli mercedes tu ke yg acik forum buat thread?
Quote hokeypokey 19-11-2024 12:49 PM
bakal buruan retis2 muda malaysia
Quote Thunderclouds 19-11-2024 12:58 PM
wikedsaikel replied at 19-11-2024 12:45 PM
Dia ni yg beli mercedes tu ke yg acik forum buat thread?

Hahahaha.. Merc setongah jota sis
Quote dua_chzy 19-11-2024 01:03 PM
Kalau aku jadik dia, aku carik doktor2 muda comel2. Apa barang retis. Boleh la bajet anak pandai walau kau skolah sampai Form 5 ja.
Quote Sazreena 19-11-2024 02:47 PM
Kat club leh lah sembang..try fly..tengok ko perform ke tak..dgn cabaran bahasa, diet, sistem, cuaca, sosial...kalau lepas dan stay dlm first 11, then baru leh kata berjaya.
Quote wikedsaikel 19-11-2024 08:18 PM
KamikuP replied at 19-11-2024 12:44 PM
Jgn kene sondol ngan artis nanti habis stamina kau dekk

Korean yg main utk EPL tu bapak dia tak kasi kahwin sebab nak suruh fokus. Jauh pegi korean tu. Tak kasi kahwin bukan tak kasi main
Quote cm_vungtau 19-11-2024 09:42 PM
Duit banyak2 tu ko kawin dengan perempuan baik2 dik. Dapat perempuan cam Bibi Yusop tu kang ke dalam laki bini semata2 sebab henbeg
Quote hyie 19-11-2024 11:03 PM
heols dah jutawan dikkk...dan dah ada gf pun. Tapi bukan jenis merambu gitu katanya. Tak ingat coach mana pernah bagitau.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053305 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top