KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kereta mewah selepas dirempuh dari belakang di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini pada Jumaat. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ketika kejadian kanak-kanak perempuan itu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya. Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 9.50 malam motosikal ditunggangi tiga beranak warga tempatan itu dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW. "Dalam kejadian itu penunggang motosikal dan pembonceng bersama anak mereka terjatuh di atas jalan. "Ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berusia 7 tahun meninggal dunia ketika Menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, satu video kamera papan pemuka berdurasi 29 saat tular di media sosial memaparkan motosikal terbabit dirempuh sebuah kereta mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh ke atas jalan raya.
Dalam video sama kelihatan pemandu kereta BMW terbabit terus memecut laju melarikan daripada lokasi kejadian. Mohd Zamzuri berkata, pemandu kereta terbabit hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membuat laporan berhubung kejadian itu hari ini. Menurutnya, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987. Sumber - Harian Metro |
Dalam video sama kelihatan pemandu kereta BMW terbabit terus memecut laju melarikan daripada lokasi kejadian.
BoongaKertas replied at 19-11-2024 10:17 AM
kita dah start kena buat mcm thailand buat psl jenayah mcm ni. kena bayar pampasan sewajarnya!
airfilterkotor replied at 19-11-2024 03:56 PM
Motosikal:
rear light ada, cumanya bonceng sampai 3 orang.
Ms.Mangga replied at 20-11-2024 12:21 AM
Dia main phone kot? Sbb nmpk mcm terbreak break. Lpstu jalan clear. Dia boleh je nk potong motor t ...
mehmet replied at 19-11-2024 06:11 AM
Kan. Sini claim OKU shj. Walhal bawa kereta setan.
airfilterkotor replied at 19-11-2024 03:56 PM
Motosikal:
rear light ada, cumanya bonceng sampai 3 orang.
ADVERTISEMENT