CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyawa melayang selepas ditetak gara-gara kenyit mata pada isteri orang

19-11-2024 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22436| Komen: 10

 


JAKARTA – Seorang lelaki di Aceh Tengah, wilayah Aceh menetak leher jirannya sehingga hampir putus gara-gara cemburu mangsa mengenyit mata kepada isterinya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian berlaku pada Sabtu lalu sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).

Dalam kejadian itu, pegawai pemerintah dikenali sebagai Ridwan, 52, menetak leher mangsa, Risdian, 50, di hadapan rumah mereka.

Mangsa ketika itu sedang menjemur biji kopi apabila dia didekati oleh isteri suspek.

Menurut seorang saksi, isteri suspek menegur mangsa dan berkata: “Mengapa awak mengenyit mata kepada saya?”

Pertanyaan itu mencetuskan kemarahan suspek yang difahamkan sudah lama berasa cemburu terhadap mangsa.

Dia dengan pantas mengambil sebilah parang lalu menyerang mangsa secara membuta tuli dengan menetak lehernya.

“Suspek menetak leher mangsa beberapa kali hingga hampir putus. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Inspektor Deno Wahyudi.


Tambah Deno, motif pembunuhan adalah cemburu, manakala suspek telah diberkas. – AGENSI 



Sumber -  Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 19-11-2024 12:44 PM
ganasnye.. baru kenyit mata dh kena tetak, kalau pegi cium ke cabul ke, ntah camne la kena
Quote afie_m 19-11-2024 02:19 PM
dasyatnya, seram
Quote Kiahlemau 19-11-2024 03:37 PM
Lembamnya indon ni...kalau betul jantan tu kenyit mata kat bini ko yg semestinya hodoh tu tak pe la jugak...ni tah2 bini ko perasan sendiri. Ko masuk penjara yg bini hodoh ko tu cari batang lain...alah bodohnya
Quote any42 19-11-2024 04:18 PM
ntah2 mata msuk habuk dr bijik kopi . huhu
Quote zehra2 19-11-2024 04:22 PM
dua2 lelaki 50an.. bini umur berapa.. tk pasal masuk penjara..
Quote TOPwind 19-11-2024 10:35 PM
yg ko gi tetak nape

bakar je, kan senang
Quote BoongaKertas 20-11-2024 11:18 AM
pegawai pemerintah tu mksdnya apa? penguasa or polis kot eh?
Quote anony-mous 20-11-2024 12:30 PM
Ujung2 org tu xkenyit mata pon . Kesian mangsa mata masuk habuk difitnah kenyit mata
Quote anony-mous 20-11-2024 12:32 PM
Kiahlemau replied at 19-11-2024 03:37 PM
Lembamnya indon ni...kalau betul jantan tu kenyit mata kat bini ko yg semestinya hodoh tu tak pe la  ...

Hahhaa kan uols. Bangang. Entah2 bini perasan. Mangsa tu mata masuk habuk. Dikata kenyit mata. Kalau kenyit mata pon so what? Bkn dia sentuh bini saspek. Untung bini saspek dpt lari dari laki gila. Dpt btg baru
Quote supernaturalee 20-11-2024 04:27 PM
any42 replied at 19-11-2024 04:18 PM
ntah2 mata msuk habuk dr bijik kopi . huhu


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070618 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top