Pelakon jelita Rita Rudaini berkata sepanjang dia bergelar pelakon dia tidak pernah dibuli di set penggambaran seperti didakwa segelintir bakat baru. Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata tindakan mencampak skrip atau ditengking di set penggambaran tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli. Menurut Rita, tindakan tersebut mungkin berlaku disebabkan sikap pelakon itu sendiri yang tidak memberi fokus ketika berlakon. “Sis pun pernah kena buli juga dekat set penggambaran. Dicampak tapi bukan skrip la, dicampak dengan kasih sayang. Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli. Mungkin banyak main telefon atau bertiktok atau tak hafal skrip. “Selama tiga dekad jadi pelakon, tak pernah lagi ada buli. Kalau campak skrip itu bukan buli. Tekap seterika, pukul baru boleh dilabel sebagai buli. Manja sungguh,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pelakon baru mengakui diri mereka pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran. SUMBER: mStarOnline, Rotikaya |
Purplehaz replied at 19-11-2024 03:37 PM
Abih tu Kes gaduh tampar tarik rambut kat set
sampai org gi report.. dh lupa ker?
dua_chzy replied at 19-11-2024 06:03 PM
Kalau cikgu campak buku anak kau atas lantai, depan anak kau, tu buli ke idok ha Rita?
Chah21 replied at 19-11-2024 12:11 PM
I selalu kena dulu.. kira buli x ?
September14 replied at 19-11-2024 05:52 PM
Bg aku gen skrg bkn manja tp bijak amek kesempatan atas isu2 buli, mental utk jg dr sdri.
Chah21 replied at 19-11-2024 08:11 PM
I selalu kena dulu.. kira buli x ?
ADVERTISEMENT