CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan lebat berterusan di Pantai Timur hingga hujung November

19-11-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29076| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan di timur dan selatan Semenanjung diramal berlanjutan sehingga hujung November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, ia berikutan kekuatan luruan monsun dijangka meningkat bermula 27 November sehingga 1 Disember ini.

“Tempoh ini berpotensi membawa hujan sangat lebat dan berterusan, khususnya di kawasan timur Semenanjung.

“Pihak MetMalaysia akan sentiasa memantau keadaan cuaca secara berterusan dan akan mengemas kini Amaran Hujan Berterusan jika terdapat tanda-tanda cuaca bertambah buruk,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa merujuk maklumat, ramalan, dan amaran terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MET Malaysia.


SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 21-11-2024 11:19 AM
musim hujan jgn sunat
Quote aavakateimani 21-11-2024 11:20 AM
jg kesamatan anak2

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.041766 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top