CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Yang Hubungi Lelaki Lain Belakang Saya Dulu Semasa Status Suami Isteri” – Jofliam Kembali Bersuara Isu Cerai

19-11-2024 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33430| Komen: 70

 


Ingatkan sudah reda tentang isu bercerai tetapi nampaknya usahawan pizza wagyu popular iaitu Jofliam kembali dengan hantaran terbaru mengenai bekas isterinya, Cik Epal.

Melalui Instagram Story Jofliam, dia telah mendakwa Cik Epal berlaku curang terhadap dirinya sepanjang mereka berkahwin dan sehingga kini usahawan itu masih mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan berkenaan.

Menurutnya, perkara yang berlaku di Milan bersama bekas pekerja wanitanya itu berlaku selepas bercerai.

 

"Dia yang menghubungi lelaki belakang saya dulu semasa status suami isteri. Berhari-hari call, walhal dia ada pilihan untuk bercakap dengan perempuan yang berada di dalam team."


Malah, Jofliam turut berharap orang ramai tidak pertikai dengan keputusannya yang enggan kembali rujuk dengan bekas isteri susulan terlalu kecewa kerana dikhianati dengan wanita yang ada dengannya selama 10 tahun.

"Mereka juga kerap bersama sekarang ni. Apa-apa pun, masing-masing mahu kebahagiaan sendiri. Doa yang baik-baik untuk kami."

Sumber - Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 19-11-2024 11:34 PM
Bencinya kat 3 ekor ni
Kalau cantik lawa persis Jackson Wang dan Yuxi Zhang berbaloi juga utk digosipkan
Quote penmerah 19-11-2024 11:35 PM
Nak doakan yg baik2 utk korang???
Puihhhhhh.... mimpi lahhh
Quote nolya 19-11-2024 11:46 PM
Kesah perceraian yg saling cabar mencabar:  Fatah n Fazura dh tutup.  DD dgn Farid dlm proses.  Yg si Jofliam dgn isterinya, aib kian rancak diburaikan. Aibko dn aibku bertebaran di alam maya. Drama sangat!
Quote sharlenetexas 19-11-2024 11:47 PM
Londeh londeh londeh.

Quote slyfynx 19-11-2024 11:52 PM
Aih, kisah laki muke mcm pengkid feminin and pompuan plastik terlebih gam ni x abis lg ke?
Sape yang retis antara deme2 ni?
Quote lilacomot 20-11-2024 12:11 AM
X abes mencirit depa ni ek...eee xde sape la nk amek tau hal korg laki bini.. Dh la bkn retis tiber je ade kt cni utk d gosipkn
Quote Mekgadis16 20-11-2024 01:46 AM
slyfynx replied at 19-11-2024 11:52 PM
Aih, kisah laki muke mcm pengkid feminin and pompuan plastik terlebih gam ni x abis lg ke?
Sape yang ...

Nanti bila CE dah release lagu dia dia la retisnya. Hahahahaha! Kemain siap nak keluarkan lagi
Quote TomyamPuteh 20-11-2024 06:34 AM
Abahhhhh.... Jom pi Ceben E pleaseeeee
Quote asudau 20-11-2024 06:40 AM
tak de le pulak acik2 membekap  gila-gila duda yang sorang ni kan..
Quote kmbg 20-11-2024 06:55 AM
Geli la 2 ekor ni,dahla bukan retis..semak betul
Quote princessmiang 20-11-2024 07:04 AM
Acik keledek tak taste ke dengan dia ni. Kasian
Quote noorazurams 20-11-2024 08:04 AM
Tk habis lagi rupenyaaa. Sinetron episod berapa ni
Quote Nozot 20-11-2024 08:07 AM
siapa la follower diorg nie ya..heran sungguh
Quote KamikuP 20-11-2024 08:19 AM
Acik Mira dan yg kene saman dgn 2 ketoi ni tersyum sinis.. ekekeke
Quote MatDeghem 20-11-2024 08:20 AM
nolya replied at 19-11-2024 11:46 PM
Kesah perceraian yg saling cabar mencabar:  Fatah n Fazura dh tutup.  DD dgn Farid dlm proses.  Yg s ...

Kata influencer. Demi sesuap nasi ...kena lah buat content bodoh macam ini.
Pulak reporter2 porem otai lejen sentiasa berbisaaa kena cari content juga. Maka nya jadi lah gini....

Netijen bodoh juga yg habis duit. Influencer untung jadi kaya.
Porem cari rating naik. Taukeh porem kaya.


Quote mamapea 20-11-2024 08:25 AM
aku sblm ni lgsg x kenal 2 makhluk ni...tetiba nama & muka diorg ni dh melekat dlm kepala otak aku...tp aku x ambik tau pun psl 2 makhluk ni...tak penting...
Quote Lolalala 20-11-2024 08:29 AM
TomyamPuteh replied at 20-11-2024 06:34 AM
Abahhhhh.... Jom pi Ceben E pleaseeeee

Nama kucing oyen iolls dulu Ceben sebab jumpa kat Ceben E. Terkenang mendiang kucing aku
Quote Akalditipumata 20-11-2024 08:29 AM
Sekufu je diorg ni.. waktu ank kt ex laki...ex binikkk merentan.. waktu ank kt ex binikkk..ex laki merentannn.. diorg ada acara pass baton merentan smpai abg Jamil mamposs.. [em:4:]
Quote bored_atticus 20-11-2024 08:46 AM
mesti geng2 diorang bosan lepak dgn diorang sekarang
yalah.. mesti asyik-asyik ceta pasal keburukkan ex.. or betapa bahagianya hidup bila dah cerai..
hahahahhahaha

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.230735 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top