Peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan bahawa mahkamah telah mengesahkan pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk sebagai suami dan isteri. Menurut Akberdin, pihak defendan juga tidak membuat sebarang bantahan sewaktu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. "Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan hakim telah berpuas hati, malah pihak defendan (Farid) tidak membantah. Mahkamah telah memberi perintah bahawa kedua-dua pihak sudah kembali rujuk sebagai suami isteri." Peguam itu turut berkata sijil permohonan rujuk dan beberapa dokumen lain akan dibawa pada prosiding penceraian yang akan berlangsung pada 2 Disember depan. "Selepas ini mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dan bawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan kedua yang dibuat Diana (permohonan cerai). Sijil itu adalah bukti mereka sudah kembali sebagai suami isteri."
Mahkamah telah menetapkan 2 Disember untuk prosiding permohonan cerai. Jadi selepas ini tiada apa-apa isu berkaitan rujuk. Status mereka sekarang adalah suami isteri selepas diendos oleh mahkamah. Peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan turut mengesahkan perkara yang sama. Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, dan Nur Aurora Sumber : mStar, Beautifulnara |
noor2 replied at 20-11-2024 06:54 PM
Mental betul...
MatDeghem replied at 20-11-2024 06:59 PM
Penyusahkan kerajaan. Process ini semua duit rakyaat.
Ingat rujuk boleh suka2 tak register. Pada ...
hokeypokey replied at 20-11-2024 06:56 PM
dia pergi daftar rujuk yg haritu sbb dia nk bercerai kali ke 2
Incanto replied at 20-11-2024 07:06 PM
oh..ni rujuk backdated lah
pastu nak cerai balik
Incanto replied at 20-11-2024 07:06 PM
oh..ni rujuk backdated lah
pastu nak cerai balik
noor2 replied at 20-11-2024 06:54 PM
Kahkah...ckp berdegar2....
ADVERTISEMENT